'Kabinet (pagi tadi) tidak bincang apa-apa jawatan (rombakan Kabinet). Tiada, sudah habis (mesyuarat sudah habis) dan saya ada di sini.'
PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini langsung tidak membincangkan apa-apa berkaitan rombakan Kabinet.
Perkara itu disahkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.Perdana Menteri semalam menafikan dakwaan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan berlaku hari ini, malah tumpuan mesyuarat akan tertumpu kepada laporan dan perbincangan lain.
Media sebelum ini membuat pelbagai spekulasi mengenai rombakan Kabinet malah, ada yang menjangka rombakan itu akan dibincangkan dan diputuskan pada mesyuarat Kabinet hari ini. Malah, beberapa portal berita turut mengaitkan beberapa nama besar dalam komponen BN untuk kembali dilantik sebagai menteri termasuk Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Desa-desus rombakan Kabinet timbul selepas jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong kerana kematian penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Anwar nafi dakwaan rombakan Kabinet esokKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan berlaku esok.
Read more »
Perbincangan rombakan Kabinet belum bermulaIa sepatutnya setiap wakil parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan dipanggil PM terlebih dahulu bagi sesi rundingan dan perbincangan.
Read more »
Jerebu dari Indonesia: Tiada titik panas dikesan di MalaysiaKeadaan jerebu di sebahagian besar Malaysia sejak kelmarin bukannya berpunca akibat siri insiden kebakaran besar terjadi dalam negara ini.
Read more »
Tiada siapa buat konsert untuk rugiTiada siapa buat konsert untuk rugi - Mac Chiew
Read more »