Beyond the Breaking News

RM1.5 juta naik taraf 100 hentian bas di ibu kota

United States News News

RM1.5 juta naik taraf 100 hentian bas di ibu kota
United States Latest News,United States Headlines

Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tujuan membina dan menaik taraf kira-kira 100 hentian bas di sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan membina dan menaik taraf kira-kira 100 hentian bas di sekitar ibu negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, peruntukan tambahan itu diluluskan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama erat yang diberikan DBKL dalam memantapkan ekosistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Menurutnya, langkah itu juga bertujuan menangani rungutan warga kota yang terpaksa menunggu bas di tepi jalan tanpa kemudahan hentian yang selesa.

“Kita sering menerima aduan daripada pengguna pengangkutan awam bahawa mereka terpaksa menunggu di tepi jalan kerana tiada hentian bas yang sewajarnya. “Jadi, kita mahu perbaiki dan wujudkan hentian baharu yang lebih selesa. Kos satu hentian bas dianggarkan antara RM15,000 hingga RM30,000, maka dengan RM1.5 juta ini, kira-kira 100 hentian bas dapat dibina atau dinaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis peluncuran Stesen KTM Segambut Utara di ibu negara hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Hannah Yeoh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud. Menurut Anthony, pihaknya turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan bas GoKL akan kekal diteruskan sebagai kemudahan percuma kepada semua warga kota.

“Bas GoKL masih lagi percuma untuk warga kota. Ini adalah satu kemudahan tambahan bagi memastikan rakyat mendapat akses pengangkutan yang lebih mudah dan efisien,” ujarnya. Sementara itu, beliau turut memberikan cabaran kepada DBKL untuk menyiapkan projek tersebut dalam tempoh yang lebih singkat berbanding projek perintis yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebelum ini.

“Projek usaha sama antara kementerian dan pihak berkuasa tempatan ini telah kita laksanakan di Pulau Pinang baru-baru ini. Jadi, saya harap DBKL boleh bekerja lebih cepat.

“Jika di Pulau Pinang ia mengambil masa enam bulan, saya harap DBKL boleh menyiapkannya dalam tempoh tiga bulan sahaja untuk 100 hentian bas ini,” katanya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Diesel and vehicles worth RM121,100 seized in Taiping raidDiesel and vehicles worth RM121,100 seized in Taiping raidCoulier, 66, was diagnosed with non-Hodgkin's lymphoma a year and a half ago and underwent chemotherapy treatment.
Read more »

KUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau TiomanKUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau TiomanKUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau Tioman, dekat sini termasuk meneroka semula perkhidmatan pengangkutan udara serta memperkukuh pilihan pengangkutan alternatif ke destinasi pelancongan terkenal itu. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama strategik dengan mana-mana syarikat penerbangan yang berpotensi menyediakan laluan ke Pulau Tioman dari Kuala Lumpur, Kuantan dan Singapura. "Kerajaan negeri akan terus mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan berkaitan dan meneliti model pengangkutan udara yang bersesuaian untuk Pulau Tioman. Pada sama, kita memperkukuh pilihan akses lain termasuk perkhidmatan bot laju dari jeti ke Pulau Tioman yang mula beroperasi sejak 1 Mei lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Dr. Mohd Johari Hussain pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri juga terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan bagi menilai pelbagai pilihan meningkatkan aksesibiliti ke Pulau Tioman secara selamat dan praktikal. Katanya, berdasarkan penilaian teknikal CAAM, cadangan pengubahan jajaran landasan Lapangan Terbang Pulau Tioman belum dapat memenuhi piawaian keselamatan penerbangan susulan faktor topografi berbukit dan halangan semula jadi di kawasan sekitar.
Read more »

Pelan SMJ 1.0 capai 100 peratus pelaksanaanPelan SMJ 1.0 capai 100 peratus pelaksanaanKota Kinabalu: Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 mencapai 100 peratus pelaksanaannya sepanjang tempoh lima tahun dari 2021 hingga 2025.
Read more »

KL to get another 100 bus stands with RM1.5mil DBKL allocationKL to get another 100 bus stands with RM1.5mil DBKL allocationMay 15 (Reuters) - France captain Kylian ⁠Mbappe said he is now the fourth-choice forward at Real ⁠Madrid after manager Alvaro Arbeloa left him out of the starting ‌line-up for their 2-0 win over Real Oviedo on Thursday.
Read more »



Render Time: 2026-06-16 09:04:51