Rizab margin bekalan air Sabah antara terendah, kata Armizan FMTNews FMTBerita
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Armizan Ali, berkata Sabah juga berdepan kekurangan air terawat dan air tidak berhasil. PAPAR: Rizab margin bekalan air di Sabah setakat akhir tahun lalu rendah pada tahap 7.
3%, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Armizan Ali. Beliau berkata, angka itu menunjukan Sabah antara negeri mempunyai rizab margin bekalan air rendah bawah 10% bersama Perlis dan Melaka, berbanding negeri lain yang mempunyai rizab margin lebih baik. Ahli Parlimen Papar itu berkata, Pulau Pinang dan Terengganu mempunyai rizab margin pada tahap selesa iaitu melebihi 20% manakala Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, dan Johor antara 10 hingga 20% iaitu tahap sederhana. “Kalau kita teliti dalam bandar utama termasuk kawasan ‘Greater Kota Kinabalu’, kadar rizab margin kita adalah pada kadar negatif maksudnya kita kekurangan sumber air terawat, tetapi ini belum lagi soal kebocoran bekalan air yang menyebabkan bekalan air sampai kepada pengguna lebih teruk. “Ada kata rizab margin 7.3% masih bagus tetapi sebenarnya tidak kerana walaupun rizab itu ada, kita juga berdepan masalah sistem bekalan selain air tidak terhasil, jadi keadaan bekalan air jadi serius,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Khas Projek Pembinaan Empangan Papar. ‘Greater Kota Kinabalu’ merujuk kepada kawasan pembangunan ekonomi di pantai barat Sabah melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan, dan Papar. Sehubungan itu, Armizan berkata, sebagai langkah jangka panjang untuk mengatasi rizab margin bekalan air rendah itu, Papar telah dikenal pasti sebagai satu daripada kawasan terlibat untuk pembinaan empangan bagi bekalan air. “Bagi menyelesaikan isu bekalan air di Utara ‘Greater Kota Kinabalu’ kita ada projek LRA Telibong Fasa Kedua, kawasan Selatan kita ada projek LRA Kogopon Fasa Kedua, namun ini merupakan rancangan untuk jangka masa sederhana. “Bagi langkah jangka panjang, kita masih perlukan empangan sebagai sumber air kita bagi selesaikan masalah bekalan air, jika tiada penyelesaian diambil segera ia dikhuatiri akan menjadi lebih kritikal. Kajian awal telah dilakukan dan terdapat empat lokasi cadangan untuk empangan ini,” katanya. Tanpa mendedahkan lokasi terlibat, beliau berkata spesifikasi empangan yang dibina itu akan bergantung kepada lokasi, namun juruperunding projek itu belum dapat memuktamadkan kajian mereka atas beberapa faktor termasuk isu dalam komuniti. Armizan berkata, cadangan pembinaan empangan itu seharusnya bukan hanya melibatkan pembangunan untuk mengatasi isu bekalan air, tetapi ia perlu disertai bersama pakej pembangunan sosioekonomi bagi memanfaatkan penduduk terutama di kampung terkesan dalam pembangunan. “Dalam sesi taklimat khas tadi diputuskan penubuhan Pasukan Petugas Khas Pembangunan Sosio-Ekonomi Komuniti Kawasan Empangan Papar sebagai pemangkin untuk menyediakan syor dan cadangan untuk pelan pembangunan sosioekonomi komuniti untuk dipanjangkan kepada kerajaan negeri,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ex-cop escapes gallows, gets 10 years' jail for causing stepdaughter's deathPUTRAJAYA: A former policeman escaped the gallows and has been sentenced to 10 years in jail after the Court of Appeal overturned his conviction for murdering his two-year-old stepdaughter Hanis Amanda Mohd Zafil in 2015.
Read more »
ASUS Zenfone 10 confirmed to launch on 29 June, features SD 8 Gen 2 SoC | TechNaveASUS has revealed the launch date for its upcoming flagship smartphone, the Zenfone 10. The successor to the popular Zenfone 9, the device will make its global
Read more »
Sapura Energy secures 10 contracts worth RM1.4bilKUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd have secured 10 contract wins worth RM1.4 billion across the Asia Pacific and Atlantic regions between December 2022 and May 2023.
Read more »
Rizab antarabangsa BNM susut AS$2 bilionPETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut sebanyak AS$2 bilion dalam tempoh 16 hari daripada AS$114.7 bilion pada 15 Mei kepada AS$112.7 bilion setakat 31 Mei 2023.
Read more »
Kes tanah rizab PDRM ditukar milik kepada gereja diklasifikasi NFAPada 30 April lalu, sebuah portal memetik sumber melaporkan, sebidang tanah rizab PDRM di Kamunting, ditukar hak milik kepada sebuah organisasi gereja di Melaka tanpa pengetahuan.
Read more »
Bukit Aman minta jangan manipulasi isu tanah rizab PDRM | The Malaysian Insight
Read more »




