Aksi yang berlangsung di Pusat Ekspo Sukan Olimpik Hangzhou menyaksikan Bertrand menampilkan aksi terjunan yang memberangsangkan.
HANGZHOU: Impian dua penerjun muda negara, Bertrand Rhodict Anak Lises dan Jellson Jabillin untuk menambah satu lagi pingat buat skuad Malaysia tidak kesampaian biarpun memberikan tentangan sengit dalam saingan 10 meter platform individu hari ini.
Aksi yang berlangsung di Pusat Ekspo Sukan Olimpik Hangzhou menyaksikan Bertrand yang beraksi buat pertama kali di temasya ini menampilkan aksi terjunan yang memberangsangkan. Tatkala dominasi China sukar untuk dipecahkan, Bertrand dan Jellson dilihat bersaing dengan peserta Jepun, Rikuto Tamai untuk mendapatkan pingat gangsa.
Begitupun kutipan mata akhir Bertrand iaitu 434.85 mata gagal untuk mengatasi catatan dilakukan Tamai iaitu 480.50 mata sekaligus terlepas peluang untuk meraih pingat di temasya ini.Emas milik peserta China Hao Yang dengan catatan 554.35 mata, dan rakan sepasukan Bai Yuming pula meraih pingat perak dengan catatan 495.55 mata.
Terdahulu, skuad terjun negara telah pun meraih satu pingat perak dan empat pingat gangsa di temasya ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sukan Asia: Malaysia hampiri sasaran 27 pingatKontinjen Malaysia hanya memerlukan enam pingat lagi untuk melepasi sasaran 27 pingat yang disasarkan di Sukan Asia Hangzhou.
Read more »
Sukan Asia: Impian emas Speedy Tigers berkecaiHANGZHOU: Impian skuad hoki lelaki negara untuk meraih pingat emas sulung Sukan Asia berkecai apabila gagal melayakkan diri ke separuh akhir setelah t...
Read more »
Sukan Asia: Misi skuasy tambah pingat masih menyalaNg Eain Yow dan S. Sivasangari terus menyalakan harapan Malaysia menambah kutipan pingat emas selepas kedua-dua bintang muda skuasy negara
Read more »
Sukan Asia: Malaysia mendekati sasaran 27 pingat di HangzhouHANGZHOU: Kontinjen Malaysia mendekati sasaran 27 pingat di Sukan Asia kali ini esok, selepas menuai dua lagi pingat gangsa menerusi terjun dan olahra...
Read more »
Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa di Sukan AsiaKAMPAR: Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak akan memberikan insentif kepada dua atlet negeri Muhammad Azeem Mohd Fahmi (gambar) da...
Read more »
Sukan Asia: Skuad skuasy negara buru 3 emas esokHANGZHOU: Kem skuasy negara berpeluang cerah untuk meraih tiga pingat emas esok, selepas mara ke final dalam tiga kategori di Gelanggang Skuasy Pusat ...
Read more »