Beyond the Breaking News

Reman bapa durjana dilanjutkan

United States News News

Reman bapa durjana dilanjutkan
United States Latest News,United States Headlines

batugajah Tempoh reman terhadap lelaki disyaki merogol anak tirinya berusia 15 tahun dilanjutkan selama lima hari lagi bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf di Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 49 tahun yang ditahan Jumaat lalu sudah direman selama tujuh hari sebelum ini.

Katanya, permohonan untuk sambung reman itu dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. “Permohonan sambung reman sudah dilakukan dan suspek akan direman selama lima hari lagi sehingga Rabu ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini. Harian Metro pada 14 September lalu melaporkan, seorang perempuan berusia 15 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dipercayai dicabul dan dirogol bapa tirinya sejak empat tahun lalu di Tanjung Tualang, di Batu Gajah. Difahamkan, perbuatan suspek berusia 49 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang juga orang kurang upaya masalah pembelajaran memaklumkan kejadian itu kepada guru sekolahnya sebelum dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat . Mangsa kemudiannya dibawa oleh JKM dari rumah neneknya untuk pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh sebelum doktor membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh mangsa sendiri yang dirinya dicabul oleh suspek sejak 2015 hingga tahun lalu.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sambung reman dua beradikSambung reman dua beradikTumpat Tempoh reman bagi dua beradik yang disyaki menyebabkan kebakaran 12 rumah di Kampung Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu, akan disambung lagi
Read more »

Dua beradik suka bunyi siren bomba terus ditahanDua beradik suka bunyi siren bomba terus ditahanTUMPAT 18 Sept. - Polis masih lagi menahan dua beradik bagi membantu siasatan kebakaran 11 buah rumah di Kampung Padang Tanjong di sini sejak Jun lalu.
Read more »

Reman suspek kes rogol anak tiri disambungReman suspek kes rogol anak tiri disambungMangsa yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, dipercayai telah dicabul sewaktu berusia 12 tahun sebelum dirogol ketika berumur 13 tahun utusanonline
Read more »

Di mana ibu bapa Muhammad Habib?Di mana ibu bapa Muhammad Habib?JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim mengesan waris bayi lelaki untuk membantu proses dokumentasi sijil kelahiran dan pengangkatannya.
Read more »



Render Time: 2026-06-09 03:26:30