Nahas membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa dan kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun.
KUALA PILAH: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 4 Jalan Tanjung Ipoh-Seri Menanti, di sini, petang ini.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang, membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa dan kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun.
Tambahnya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu telah berhenti sebentar di bahu jalan sebelah kiri untuk membelok ke simpang sebelah kanan kerana ingin berpatah balik ke arah Kuala Pilah. “Mangsa yang sedang bergerak terus dari arah Kuala Pilah tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian pintu belakang sebelah kanan kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.