'Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Benelli RFS ditunggang mangsa terlanggar kereta Mercedes Benz 230E.
PETALING JAYA : Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Klang Lama berhampiran sebuah stesen minyak di Desa Mentari, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa berusia 18 tahun maut ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya . Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 8.12 malam.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Benelli RFS ditunggang mangsa terlanggar kereta Mercedes Benz 230E. “Pelanggaran itu berlaku ketika kereta berkenaan membelok ke kanan dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini,“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Remaja maut apabila MPV dipandu bapa rempuh tembok konkritKedua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, dalam nahas itu, bapa mangsa, Khairul Fazli Janedi, 45, mengalami luka ringan manakala ibunya, Norlela Ramli, 44, cedera dan luka pada bahagian muka.
Read more »
4 maut: Polis syak kumpulan motosikal terlibat aktiviti lumba haramGEORGETOWN: Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan melibatkan beberapa buah motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, awal pagi tadi yang mengorbankan empat nyawa mempunyai kaitan dengan aktiviti lumba haram.
Read more »
31 maut pertempuran antara dua puak di Sudan39 orang cedera dan puluhan premis perniagaan dibakar di bandar Roseires akibat pertempuran pertikaian tanah antara puak Berti dan Hawsa.
Read more »
Treler menggelongsor rempuh rumahDalam kejadian pada pukul 9.15 malam di lokasi berbentuk mendaki bukit, kenderaan berat yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun tersebut mengalami kerosakan pada bahagian enjin menyebabkan ia berhenti secara tiba-tiba.
Read more »
Perlu lebih banyak kereta api atasi kelewatan, kata kesatuan sekerja KTMB | The Malaysian InsightApa pelan kerajaan untuk tambah baik jadual perjalanan kereta api untuk keselesaan penumpang, soal Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Razak Md Hassan.
Read more »