Remaja maut motosikal dirempuh kereta Jenayah NASIONAL TERKINI kemalanganmaut
BALING: Seorang remaja maut setelah tercampak ke dalam semak akibat kemalangan membabitkan motosikalnya dan sebuah kereta di Kampung Dalam Wang, Jalan Baling-Weng-Tanjung Pari, pada pukul 8.34 pagi ini.
Mangsa, Muhammad Abhar Mansor, 19, beralamat di Kampung Kubang Panjang, Kupang, di sini disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dalaman badan. Ketua Polis Daerah, Superitenden Shamsuddin Mamat berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal jenis Yamaha yang ditunggangi mangsa datang dari arah rumahnya menghala ke Kampung Bandar.“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam semak di bahu jalan sebelah kiri, manakala motosikal dan kereta tersebut terbabas ke bahu jalan,” katanya di sini, hari ini.
Shamsuddin berkata, pemandu serta penumpang kereta termasuk bayi berusia tujuh bulan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut, sementara mayat mangsa pula dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim, dekat sini untuk bedah siasat.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
2023 Perodua Axia E manual spotted in Malaysia - new grey colour, older bumper design; launching soon? - paultan.orgWhen Perodua launched the second-generation Axia in February this year, the carmaker said it would continue to produce the E variant of the first-generation model to fulfil its role as the most affordable car in …
Read more »
Perodua Axia E manual 2023 dilihat di Malaysia — warna kelabu baru, bampar lama; bakal dilancar? - paultan.orgRamai yang sedia maklum, ketik Perodua Axia 2023 dilancarkan Februari lalu, pengeluarnya akan tetap menawarkan varian E dari generasi pertama model itu bagi memenuhi keperluan sebagai kereta paling murah di Malaysia. Tidak dinyatakan secara tepat …
Read more »
4 lelaki termasuk 2 remaja didakwa pukul pekerja bawah umur, miliki bahan lucah | The Malaysian InsightMereka didakwa menganiaya mangsa dengan cara mencederakan menggunakan tangan, kaki, tali dan sebatang besi.
Read more »
Empat scammer termasuk dua remaja bawah umur didakwa pukul pekerjaEmpat lelaki termasuk dua remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sinu, hari ini atas pertuduhan merompak
Read more »
Demi lindungi 3 adik, remaja bina khemah guna getah rambut di AmazonKeberanian remaja perempuan berusia 13 tahun mendapat pujian selepas menyelamatkan tiga adik dengan membina khemah menggunakan getah rambut
Read more »