jitra Remaja lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja perempuan di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang, Sabtu lalu.
Perintah tahanan reman ke atasnya penganggur berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret di Jitra, hari ini.Dalam pada itu, polis meminta saksi kejadian atau mereka mempunyai maklumat kejadian untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Asisten Superintendan Mohd Shuhaimi Joohari di talian 019-3329342.
Harian Metro semalam melaporkan mayat remaja perempuan berusia 18 tahun disyaki dibunuh ditemui seorang pemancing di Sungai Sentap pada 11.51 malam. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Ainaa Dhabitah Sham disedari seorang pemancing apabila mata kailnya tersangkut pada pakaian mangsa. Seorang suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa berjaya ditahan polis pada Ahad dan siasatan awal, dia mendakwa mereka ada bertengkar sebelum terjatuh dalam sungai tetapi suspek berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa disyaki lemas.
Suspek bagaimanapun tidak meminta bantuan mahupun memaklumkan kepada orang ramai ketika kejadian itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mayat remaja ditemukan di Sungai SentapKUBANG PASU 26 Mac - Mayat seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditemukan seorang pemancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang di sini, Sabtu lalu.
Read more »
Remaja Malaysia yang hilang disahkan maut | The Malaysian InsightRemaja itu dilaporkan hilang sejurus insiden serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.
Read more »
Remaja 17 tahun hilang di NZ disahkan maut dalam serangan masjidMohd Haziq Mohd Tarmizi kini antara 50 orang yang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Christchurch pada 15 Mac.
Read more »
Muhammad Haziq remaja yang hebat - Pengetua Burnside High School, ChristchurchKUALA LUMPUR 21 Mac - Pengetua Burnside High School, Christchurch, New Zealand menyifatkan Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi sebagai remaja yang hebat.
Read more »
Kes CEO Cradle Fund: Keputusan permohonan ikat jamin 2 remaja 27 Mac iniTimbalan pendakwa raya berkata mahkamah tidak seharusnya membenarkan ikat jamin kerana pembunuhan adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.
Read more »
Remaja 17 tahun antara ditahan menunggang motosikal secara meluluBUTTERWORTH 22 Mac - Seramai enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, di sini awal pagi tadi.
Read more »
Remaja maut digilis lorikualaselangor إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ “Ketika cuba memotong, mangsa gagal mengawal motosikalnya akibat jalan berpasir sebelum terbabas dan terjatuh di bawah lori,' kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab.
Read more »
Remaja maut terkena bom ikan buatan sendiriMangsa maut di tempat kejadian dengan kedua-dua kaki dan tangannya terputus, manakala sampan dinaikinya turut pecah.
Read more »
Remaja maut letupan bom ikankotakinabalu Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas terkena letupan bom ikan di perairan berhampiran Pulau Gaya dekat Kota Kinabalu, semalam.
Read more »