Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Segamat didengar 28 Julai
Yuneswaran memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,669 undi pada November tahun lepas dan diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan itu mengalahkan Ramasamy, P. Poobalan dari Perikatan Nasional dan Syed Hairoul Faizey dari Pejuang.
Dalam petisyennya Ramasamy memohon antara lain pengisytiharan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Segamat adalah terbatal dan pengisytiharan Yuneswaran tidak dipilih sebagai Ahli Parlimen.Dalam penghakimannya hakim Mahkamah Tinggi Mohd Radzi Abdul Hamid berkata terdapat ketidakpatuhan terhadap keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya.
Beliau berkata petisyen tidak seharusnya berdasarkan inferens dan andaian tetapi berdasarkan fakta sebenar serta material dan menambah petisyen Ramasamy tidak mempunyai fakta material yang jelas dan tepat. Mohd Radzi menerima bantahan awal oleh responden yang dibangkitkan dalam usaha mereka untuk menolak petisyen Ramasamy.
Bantahan awal yang dibangkitkan oleh responden termasuk bahawa Ramasamy gagal mematuhi Peraturan 15 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 berkaitan afidavitnya dan kegagalannya mematuhi Peraturan Petisyen Pilihan Raya berkenaan fakta merayu dalam petisyennya yang tidak mampu mengekalkan perisytiharan yang dimohon. – Bernama, 30 Mei, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Three killed in two-vehicle crash in SegamatJOHOR BARU: Three men were killed and another person was injured in a collision involving two vehicles at KM172 of Jalan Johor Bahru-Seremban, near Kampung Kwongsai, Segamat, Saturday (May 27).
Read more »
TNB berjaya rayuan ketepi ganti rugi RM4 juta susulan gangguan elektrik | The Malaysian InsightMahkamah Rayuan juga ketepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya UEM Construction membayar pampasan kepada TNB.
Read more »
Kenapa Labuan tak dapat subsidi tiket RM300, soal Ahli ParlimenSuhaili Abdul Rahman berkata ribuan penduduk Kadazandusun, Murut dan Iban di Labuan mempunyai sanak saudara yang pulang untuk Kaamatan dan Gawai.
Read more »
RUU Majlis Media dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Mac 2024, kata Fahmi | The Malaysian InsightMenteri komunikasi dan digital berkata kementeriannya sedang dalam fasa terakhir bagi menyiapkan draf RUU berkenaan.
Read more »
Keputusan kes salah guna kedudukan bekas ahli Parlimen Labuan esok | The Malaysian InsightHakim dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 3 petang.
Read more »
KTMB sedia 4 tren tambahan sempena Aidiladha | The Malaysian InsightTren tambahan ini akan beroperasi selama enam hari bermula 27 Jun hingga 2 Julai.
Read more »