Bekas pemimpin PKR itu didakwa mengikut Seksyen 17 (b) dan Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.
SHAH ALAM 28 Feb.- Bekas Ketua Cabang PKR Sungai Besar, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan memberikan rasuah dan menyalahgunakan kuasa membabitkan RM24,000 bagi penganjuran ekspo, tiga tahun lalu.
Mohamad Fauzi didakwa atas 10 pertuduhan memberikan suapan berjumlah RM24,000 kepada lima orang lelaki termasuk empat daripadanya merupakan ejen kerajaan bagi mengundi Ligat Bina Enterprise sebagai penganjur Ekspo Raya 2016 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MDSB yang diadakan pada 13 Mei 2016.
Mohamad Fauzi juga didakwa satu lagi pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ahli MDSB bagi mendapatkan suapan apabila mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MDSB bagi memilih syarikat sama sebagai penganjur program yang sama. Bagi kesemua pertuduhan, bekas pemimpin PKR itu didakwa mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Suffian Ja'afar kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 untuk 11 pertuduhan itu berserta seorang penjamin selain pasport tertuduh perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bekas pengurus besar PPN Terengganu didakwa salah guna kuasaKUALA TERENGGANU 27 Feb. - Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa melibatkan jumlah keseluruhan RM303,546.
Read more »
Perangi rasuah dalam perolehan kerajaanApabila sistem membenarkan campur tangan ahli politik dalam sistem perolehan, ia memberi mereka peluang mengeksploitasi sistem demi mendapatkan kontrak untuk membiayai aktiviti politik.
Read more »
'Sila berkomunikasi dengan lebih profesional'MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, menetapkan 5 Mac depan bagi pengurusan kes lanjutan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang didakwa atas 35 pertuduhan rasuah berjumlah AS$63.3 juta (RM263 juta) berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
Read more »
Direman lima hari, minta suapan RM1,500Seremban Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah direman lima hari oleh Mahkamah Khas Reman, Seremban kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,500.
Read more »
Kes Zahid pindah ke Mahkamah TinggiSPRM juga menyerahkan lebih 300 dokumen berkaitan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadap Zahid Hamidi kepada pihak pembelaan.
Read more »