Beyond the Breaking News

Rancang pelan bangunan mesra OKU - TPM

Malaysia News News

Rancang pelan bangunan mesra OKU - TPM
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kuantan Dr Wan Azizah berkata, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada keperluan aksesibiliti seperti kemudahan dan ruang awam bagi memudahkan pergerakan OKU menjalankan urusan harian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada keperluan aksesibiliti seperti kemudahan dan ruang awam bagi memudahkan pergerakan OKU menjalankan urusan harian.

“Melalui pelan atau reka bentuk sejagat ini, sudah pasti memberi faedah besar kepada golongan OKU, warga emas dan juga kanak-kanak. “Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara memberi perhatian terhadap aspek pembinaan ini dalam memastikan setiap bangunan yang akan dibina lebih mesra OKU pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang di Kuantan hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Wan Azizah berkata, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan peruntukan besar dalam bentuk bantuan kewangan secara bulanan kepada OKU sebagai bukti keprihatinan terhadap golongan itu. Katanya, sehingga Januari lalu, RM60.6 juta sudah diagihkan kepada 175,156 OKU melalui skim bantuan Elaun Pekerja Cacat ; Bantuan Pesakit Terlantar dan Bantuan OKU Tidak Bekerja di seluruh negara. “Di Pahang saja, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3.7 juta untuk diagihkan kepada 11,002 OKU yang layak menerima skim bantuan sama. “Selain itu, melalui Belanjawan 2019, kerajaan menyediakan RM129.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memperkasakan perkhidmatan dan program khusus untuk OKU. “Peruntukan ini merangkumi perkhidmatan di tujuh institusi kebajikan antaranya Taman Sinar Harapan ; Bengkel Daya Kalang dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan serta Taska OKU di seluruh negeri,” katanya. Beliau turut memuji Setiausaha Kerajaan negeri Pahang kerana menyediakan 0.51 peratus peluang pekerjaan di sektor awam kepada golongan OKU dan berharap sasaran 1 peratus ditetapkan sebelum ini dapat dicapai.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Didik berdikariDidik berdikariKUALA LUMPUR: “Niat saya mahu membantu anak orang kurang upaya (OKU) melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran supaya mereka dapat berdikari jika ibu bapa mereka tiada lagi,” kata Aidil Fadzli Mesran, 37.
Read more »

Kanak-kanak OKU maut terjatuh tingkat 2Kanak-kanak OKU maut terjatuh tingkat 2Miri Kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah kuarters di Tanjung Lobang, Miri semalam.
Read more »

Bagus OKU kentalBagus OKU kentalATAS dasar mahu berdikari lelaki orang kurang upaya (OKU) yang kudung kaki kiri ini sanggup menawarkan perkhidmatan menggunting rambut secara bergerak.
Read more »

'Demi membina Malaysia yang harmoni''Demi membina Malaysia yang harmoni'“DALAM keadaan kerajaan yang tak menentu hari ini, saya rasa amat penting untuk setiap rakyat mengundi, sebab itu saya tetap mahu mengundi walaupun terlantar begini,” kata pesara polis kurang upaya (OKU), Azahari Latiff.
Read more »

Atlet serang OKU diperintah mohon maafAtlet serang OKU diperintah mohon maafATLET taekwando negara, Nur Dhia Liyana Sharuddin diperintah membuat permohonan maaf bertulis di akhbar terhadap warga emas orang kurang upaya (OKU) selepas menang saman berhubung dakwaan mencederakan mangsa di LRT Putra Heights, dua tahun lalu.
Read more »

Kerajaan pinda syarat kelayakan permohonan lesen PSV buat OKU | The Malaysian InsightKerajaan pinda syarat kelayakan permohonan lesen PSV buat OKU | The Malaysian InsightPndaan syarat itu perlu bagi membolehkan mereka bekerja dan mendapat pendapatan sendiri.
Read more »

Disabled ride-hailing drivers can apply for PSV from May, says LokeDisabled ride-hailing drivers can apply for PSV from May, says LokePETALING JAYA: Disabled (OKU) drivers will be able to apply for Public Service Vehicle (PSV) licences from May this year, says Transport Minister Anthony Loke.
Read more »

Wan Azizah: Govt committed to welfare of OKU communityWan Azizah: Govt committed to welfare of OKU communityKUANTAN: The government continues to show its concern for people with disabilities (OKU) through a slew of allocations and policies, says Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Read more »

Kerajaan umum peruntukan RM60.6 juta bantu OKU | The Malaysian InsightKerajaan umum peruntukan RM60.6 juta bantu OKU | The Malaysian InsightDr Wan Azizah turut menggesa ibu bapa dan penjaga golongan OKU yang masih belum berdaftar dengan JKM untuk segera berbuat demikian.
Read more »



Render Time: 2026-07-22 01:22:29