Mereka kata, makanan ada tapi tiada duit untuk beli
COLOMBO: Rambut Milton Pereira disikat dengan kemas namun mukanya cengkung dan susuk badannya pula kurus kering dan kelihatan lemah.“Kami makan sekali sahaja dan kemudian tak makan lagi,” katanya dalam temubual di luar rumahnya di Pulau Slave, Colombo.
Dengan mempunyai enam orang anak, lelaki berusia 74 tahun itu berkata, sejak beberapa minggu lalu, dia hanya mampu membeli ikan sekali sekala, yang dipotong kecil untuk dikongsikan bersama keluarganya. Anak lelaki Milton iaitu BG Rajitkumar yang bekerja sebagai buruh dilaporkan menganggur selama sebulan.
Tinjauan harga sayuran di beberapa premis mendapati penduduk terpaksa membayar 1,000 rupee untuk sekilo labu, dua kali ganda berbanding harga sayuran itu tiga bulan lalu. Menurut Program Makanan Sedunia, kira-kira lima juta orang atau 22 peratus penduduk negara itu kini memerlukan bantuan makanan. Beberapa peniaga pasar borong sayuran memaklumkan perniagaan mereka merosot sehingga menyusut lebih separuh sejak Mac lalu.“Malah, sayur yang tidak dijual akan dibuang dan ramai orang miskin membawa pulang sayuran tersebut setiap hari selepas pasar ditutup,” katanya.“Kadang kala saya menjual sayur kepada orang miskin dengan harga lebih murah bagi mengelak pembaziran makanan dan meraih sedikit keuntungan,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lesson to learn from Sri Lanka crisis: EconomistPETALING JAYA: Malaysia should view the critical situation in Sri Lanka, where its people are suffering from serious shortages of food, fuel and other...
Read more »
Another state of emergency declared in Sri Lanka as acting president takes reinsCOLOMBO, July 18 — Sri Lanka’s acting President Ranil Wickremesinghe has declared a state of emergency, according to a government notice released late on Sunday, as his...
Read more »
Malaysia not at risk of going bankrupt like Sri Lanka - ZafrulThe economy is still stable with IMF expressing confidence for continued growth.
Read more »
Sri Lanka crisis: How President Gotabaya's rule ended in a Singapore hotelA police outrider and a security escort. A luxury limousine. A 20-minute ride down Singapore’s East Coast Parkway to the downtown hotel where he had been booked into for the night.
Read more »