Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan maklumat daripada Kedutaan Russia di negara ini berhubung dakwaan seorang rakyat Malaysia menjadi tentera upahan dalam konflik Russia-Ukraine.
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia sedang mendapatkan maklumat daripada Kedutaan Russia di negara ini berhubung dakwaan seorang rakyat Malaysia menjadi tentera upahan dalam konflik Russia-Ukraine.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu dilakukan oleh Jabatan Cawangan Khas PDRM.“Kita masih menunggu maklum balas mereka untuk pengesahan mengenai dakwaan berkenaan termasuklah status warga tempatan yang dikaitkan dengan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.Bagaimanapun, kata Razarudin, pihak keluarga memaklumkan individu itu hanya belajar di luar negara.
Semalam tular mengenai penemuan dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Russia. Gambar tular itu menunjukkan lelaki berkenaan kononnya terlibat dengan pasukan tentera upahan 16th Rifle Batalion Ukraine yang sedang berdepan tentera Russia.Dikatakan kedua-dua dokumen itu ditemukan selepas kejayaan tentera Russia menawan kubu tentera Ukraine di Livadny, Zaporizhia, Ukraine. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sahut seruan Hari Sukan NegaraKedutaan Besar Malaysia di Kathmandu mengadakan pertandingan tenpin boling sempena sambutan Hari Sukan Negara 2024 pada 25 Oktober lalu.
Read more »
Wanita Lepas Rindu Dapat Makan Roti Canai Pelita Di Majlis Kedutaan MalaysiaSiapa yang duduk luar negara memang akan faham felling bila dapat makan makanan Malaysia.
Read more »
Petron Malaysia Bekerjasama Dengan PDRM, Cipta Program Go-To-Safety-Point (GTSP)Surat penghargaan yang dianugerahkan oleh PDRM kepada 41 pengusaha stesen minyak Petron merupakan pengiktirafan di atas sumbangan mereka yang amat membanggakan terhadap program GTSP pada tahun 2023.
Read more »
PDRM Sedang Sahkan Dakwaan MyKad & Lesen Memandu Rakyat Malaysia Ditemui Di UkrainePemilik dokumen tersebut didakwa merupakan seorang askar upahan di sebuah kubu Ukraine.
Read more »
PARLIMEN: Polis ada hak sekat perhimpunan amanPolis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak untuk menyekat sebarang perhimpunan jika menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
Read more »
Malaysia-Russia relations: One step forward — Mohd Hazmi Mohd RusliOCT 25 — 150 years ago, a Russian explorer made his way to the Malay Peninsula, not to colonise the territory, but to carry out scientific expeditions. In the 1870s, NN...
Read more »