KualaLumpur Kekalahan PH dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lalu adalah mesej rakyat kepada kerajaan supaya menunaikan janji manifesto, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Oleh itu saya rasa adalah penting bahawa PH memberi tumpuan untuk menunaikan janji itu seperti mana digariskan dalam manifesto pilihan raya PH.
“Saya yakin kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, rakyat akan membuat penilaian sendiri dan membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan PH,” katanya ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara SME Bank Bhd, Malaysia Rail Link Sdn Bhd and China Communications Construction Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, Lim yang juga Menteri Kewangan menepis dakwaan isu peruntukan belanjawan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman adalah satu-satunya penyebab kekalahan PH pada PRK Tanjung Piai. PRK Tanjung Piai menyaksikan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenanginya dengan majoriti 15,086 undi.
Wee bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal, memperoleh 25,466 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini yang mendapat 10,380 undi; calon Gerakan Wendy Subramaniam , diikuti Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz Berjasa dan dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rakyat mahu PH tunai janji, Guan Eng ulas PRK Tg PiaiRakyat akan membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan PH kalau gabungan itu bersungguh-sungguh, kata Lim Guan Eng. FMTNews PakatanHarapan Tunaikan Janji Malaysia
Read more »
Semak segera pelaksanaan agenda reformasi, kata Kit Siang susulan kekalahan PH di Tg PiaiSemakan ke atas pelaksanaan pembaharuan perlu menjadi agenda pertama PH. FMTNews PakatanHarapan Kalah TanjungPiai BN
Read more »
Karmaine reda, PH Johor janji kaji punca rakyat tak puas hatiPH Johor berkata, ia akn menilai dasar, pendekatan dan prestasi parti serta kerajaan yang menyumbang kepada rasa tidak puas hati rakyat. FMTNews MuhyiddinYassin PakatanHarapan KarmaineSardini TanjungPiai
Read more »
Keputusan Tg Piai tanda rakyat tak gembira, kata pemimpin Pakatan | The Malaysian InsightKekalahan itu juga merupakan isyarat kepada kerajaan untuk semak semula janji kepada rakyat, kata Lim Kit Siang.
Read more »
Rakyat tak suka Pakatan sekarang, kata BN | The Malaysian InsightMohamad Hasan mengatakan walaupun Barisan Nasional tidak disukai rakyat, Pakatan juga menghadapi perkara yang sama.
Read more »