Rakaman audio 'Can I advise you something' bukti Rosmah kawal Najib, kata hakim
Dalam penghakiman setebal 116 halaman, Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata adalah jelas daripada rakaman audio itu bahawa Rosmah Mansor memberi arahan kepada Najib Razak berhubung urusan kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 September, 2022.
“Dalam pernyataan saksinya, tertuduh tidak menafikan bahawa suara dalam rakaman audio itu adalah milik beliau dan Najib. Tidak kurang daripada tiga saksi iaitu Rizal Mansor , bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha kementerian itu Madinah Mohamed, secara positif telah mengenal pasti suara dalam rakaman itu adalah milik Najib serta tertuduh.
Beliau juga berkata Rizal bercakap benar apabila menyatakan bahawa tertuduh mempunyai sikap suka menguasai orang lain dan berupaya mempengaruhi keputusan dalam perkhidmatan awam kerana sudah lama bekerja dengannya serta mungkin telah menyaksikan sendiri perkara ini. Beliau berkata tertuduh dengan tegas menafikan telah campur tangan dalam mana-mana projek kerajaan terutama projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Mohamed Zaini juga berkata beliau mengakui bahawa Aazmey telah memainkan peranan penting dalam mendapatkan minit mesyuarat daripada Najib untuk kepentingan Jepak Holdings Sdn Bhd namun fakta itu turut membuktikan bahawa tertuduh turut memainkan peranan yang penting. “Berdasarkan pemerhatian saya, Mahdzir dengan tegas telah menafikan semua tuduhan itu. Beliau tidak pernah menunjukkan sebarang tanda gugup atau bimbang dalam menyangkal tuduhan negatif yang dilemparkan semasa sesi soal balas,” katanya.“Memandangkan Saidi Abang Samsudin, ketika itu Pengarah Urusan Jepak Holdings, adalah kawan rapat , beliau boleh sahaja mendapatkan manfaat untuk Jepak dengan mudah.
Beliau berkata Mahdzir juga mengadu kepada Najib berkaitan gangguan berterusan Saidi dan rakan niaganya Rayyan Radzwill Abdullah serta sikap tidak hormat mereka kepadanya sebagai seorang Menteri.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
‘Can I advise you something’ shows Rosmah controls Najib, govt affairs: Court'It was no ordinary conversation between spouses, for it was about government affairs' theSun theSundaily NajibRazak Rosmahmansor Malaysia Viral news
Read more »
Rosmah’s counsel condemns ‘unprecedented’ RM970m fineLawyer says Rosmah has no income to pay the nearly RM1b fine.
Read more »
'Hmmm' tanda Rosmah setuju terima wang - Hakim'Rosmah mengangguk kepala dan berkata 'Hmmm' yang menandakan beliau mengetahui dan menerima wang itu,' kata hakim.
Read more »
After Rosmah found guilty in RM1.2b solar power case, defence lawyer insists justice deniedKUALA LUMPUR, Sept 1 — The lawyers of Datin Seri Rosmah Mansor claimed injustice today after she was sentenced to 10 years imprisonment and fined RM970 million in her corruption...
Read more »