Raja Muda Perlis melawat mangsa kebakaran - Perlis - Utusan Online
Sebanyak dua buah rumah terjejas teruk iaitu sebuah habis hangus 100 peratus manakala yang satu lagi 40 peratus musnah ekoran kebakaran yang berlaku pada kira pukul 4.30 petang hari sabtu lalu.
Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis turut berkenan menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada setiap seorang di antara kedua mangsa berkenaan iaitu Ibrahim Seman yang menerima bantuan penuh baik pulih rumah MAIPs dan Wan Adnan Seman menerima sebahagian sumbangan baikpulih rumah MAIPs dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Perlis.
Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dalam kunjungan tersebut. Terdahulu, di lokasi yang sama seramai 40 sukarelawan daripada kalangan pelajar dan warga kerja Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademiknya, Jamazuki Othman turut mengadakan gotong-royong bagi membantu membersihkan kawasan rumah mangsa terlibat yang juga adalah salah seorang kakitangan PTSS Perlis.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Usah buang anak, kata ibu muda hamil luar nikah | The Malaysian InsightPenghuni rumah Raudhatus Sakinah anjurkan berterus-terang dengan keluarga untuk tebus kesilapan.
Read more »
Putera raja idaman gadis seluruh dunia - UpsterDua putera dari England iaitu Putera William dan Putera Harry sering menjadi tumpuan dunia apatah lagi ketika kedua-duanya masih bujang. Ramai gadis yang tergoda. Kini kedua-duanya telah pun mendirikan rumah tangga dan off market. Tapi jangan risau, ada lagi putera raja kacak yang belum berpunya. Siapa tahu nasib anda gadis di luar sana bakal bergelar …
Read more »
Tengku Amir Shah memukat ikanRAJA Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah berkenan menaiki bot bagi merasai pengalaman memukat ikan di perairan Bagan Nakhoda Omar (BNO) di Sabak Bernam hari ini.
Read more »
Cuaca panas berpanjangan punca hutan terbakar di Johor | The Malaysian InsightIa juga menjadi satu halangan bagi anggota bomba untuk memadamkan kebakaran lebih cepat daripada biasa.
Read more »
Jerebu dijangka berlarutan beberapa hari lagi, kata jabatan kaji cuaca | The Malaysian InsightKebakaran di Indonesia menjadi faktor utama keadaan jerebu di negara ini.
Read more »
Jerebu: Malaysia tak protes tapi mahu bantu IndonesiaMalaysia menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan dan jerebu di beberapa wilayah Indonesia ketika ini. FMTNews
Read more »