Rafizi gesa wakil rakyat, pemimpin PKR dilantik jawatan kerajaan tidak lupakan parti
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, wakil rakyat dan pemimpin yang dilantik perlu bijak membahagikan masa dan perkara sama perlu dilakukan oleh mereka yang memegang jawatan di peringkat kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2023.
Rafizi berkata beliau faham mengenai tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam kerajaan, namun pemimpin PKR perlu sedar jika tidak kerana parti, ahli serta jentera parti, mereka tidak akan menang pilihan raya dan mendapat jawatan dalam kerajaan. “Kadang-kadang kita terbawa-bawa dengan urusan kementerian semata-mata, kita kerja di kementerian ataupun di kerajaan negeri dari 8 pagi sampai 6 petang secara rasmi, kita masih lagi ada masa dari 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan ada masa lagi pada Sabtu dan Ahad untuk parti dan juga rakyat,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Kedah dan Pulau Pinang di Sungai Petani malam tadi.
“Wakil rakyat sedia ada, tanggungjawab kita bukan sahaja tengok dan buat kerja tetapi kena pastikan kandungan dan cara kita buat kerja itu kena dengan cara dan cita rasa rakyat,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rafizi urges PKR leaders, reps appointed to govt posts not to neglect partyRafizi said party leaders need to realise that if not for the party, they would not win the election and have government positions theSun theSundaily government politics party duties neglect Malaysia
Read more »