Putrajaya wajibkan semula kuarantin kemasukan dari luar negara
Kerajaan mewajibkan semula kuarantin bagi kemasukan ke Malaysia susulan lonjakan kes dengan banyak yang dikesan positif di kalangan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Julai, 2020.
PUTRAJAYA melaksanakan semula arahan kuarantin wajib kepada mereka yang memasuki negara ini mulai Jumaat, kata Ismail Sabri Yaakob. Menteri kanan itu berkata keputusan berkenaan dibuat susulan lonjakan kes sejak minggu lalu dengan banyak yang dikesan positif di kalangan kumpulan ini.“Semua yang balik dari luar negara termasuk warga asing yang diizinkan masuk ke negara ini, akan diwajibkan kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan oleh kerajaan.
“Tiada lagi kuarantin wajib dari rumah bermula Jumaat tetapi akan dibuat di pusat kuarantin wajib seperti yang dilaksanakan sebelum perintah kawalan pergerakan pemulihan ,” katanya pada sidang media hari ini. Ismail berkata rakyat Malaysia yang kembali ke negara ini tidak perlu lagi menjalani ujian Covid-19 sebelum berangkat ke negara asal masing-masing. “Semua yang akan dikuarantin perlu menanggung kos penuh perkhidmatan kuarantin,” katanya. – 21 Julai, 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiada lagi kuarantin di rumahkualalumpur Semua rakyat Malaysia termasuk warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini akan dikenakan kuarantin wajib di pusat kuarantin, bermula Jumaat ini.
Read more »
Putrajaya pertimbang semakan semula harga rumah | The Malaysian InsightSelaras dengan indeks garis kemiskinan dan laporan isi rumah terbaru diumumkan baru-baru ini.
Read more »
Trump, Sisi gesa pertempuran di Libya dihentikanParlimen Mesir sebelum itu mengeluarkan mandat membolehkan presiden menghantar tentera ke luar negara. FMTNews
Read more »
Sabah disaran wajibkan ujian saringan talasemia bagi bakal pengantin | The Malaysian InsightLangkah itu bagi mengawal dan mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan penyakit berkenaan.
Read more »
Hannah Yeoh saman bekas KPN berhubung dakwaan ‘negara Kristian’Musa, yang merupakan ketua polis negara dari 2006 hingga 2010, didakwa memberitahu forum bahawa kumpulan yang tidak dinamakan berusaha memusnahkan Islam di negara ini. FMTNews KPN
Read more »