Beyond the Breaking News

Putin zahir penghargaan lawatan Sultan Ibrahim

United States News News

Putin zahir penghargaan lawatan Sultan Ibrahim
United States Latest News,United States Headlines

Presiden Russia Vladimir Putin menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas lawatan khas Seri Paduka Baginda ke Moscow bagi menyerikan sambutan Hari Kemenangan negara itu, bulan lalu.

SULTAN Ibrahim dalam pertemuan rasmi bersama Presiden Russia, Vladimir Putin, selepas menghadiri majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace, Moscow. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIMPETALING JAYA: Presiden Russia Vladimir Putin menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas lawatan khas Seri Paduka Baginda ke Moscow bagi menyerikan sambutan Hari Kemenangan negara itu, bulan lalu.

Duta Russia ke Malaysia, Naiyl Latypov berkata, peningkatan dialog peringkat tertinggi antara Russia dan Malaysia itu jelas mencerminkan kerjasama positif dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Kerjasama kita merangkumi pelbagai bidang – daripada perdagangan, pelaburan dan tenaga sehinggalah kepada pelancongan, pertukaran budaya serta kemanusiaan,” katanya berucap pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Russia di sini, semalam. Sultan Ibrahim melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama yang dijemput sebagai Tetamu Kehormat bagi menghadiri sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan ke-81 di Moscow pada Mei.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, semasa pertemuan empat mata di Kremlin pada 9 Mei, Sultan Ibrahim telah mengundang Putin untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada 2027 sempena sambutan Jubli Intan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Sementara itu, Latypov berkata, Russia amat menghargai tahap kerjasama dicapai dengan Malaysia yang bakal menandakan enam dekad hubungan rasmi tahun depan dan berharap agar perkongsian itu terus berkembang demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Dalam ucapannya, beliau turut memetik peribahasa Melayu: “Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni”, bagi menggambarkan semangat solidariti dan perpaduan dalam konteks hubungan Russia-Malaysia untuk mengharungi cabaran bersama-sama. Latypov menegaskan, Malaysia adalah rakan kongsi Russia yang lama, boleh dipercayai dan amat dihargai, sama ada di Asia Tenggara mahupun di peringkat global.

“Negara kita sentiasa berusaha untuk mengambil kira kepentingan satu sama lain, bekerja sebagai rakan kongsi, dan membina kerjasama berteraskan prinsip saling menghormati serta mendapat manfaat bersama,” katanya. Katanya, pendirian Russia dan Malaysia dalam isu serantau serta antarabangsa adalah selari, dengan kedua-dua negara teguh mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang antarabangsa, kedaulatan negara, dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman.

Kedua-dua negara juga menyelaras usaha untuk memelihara asas-asas ini di platform pelbagai hala utama termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , Pertubuhan Kerjasama Islam , serta perkongsian dialog Russia-ASEAN dan BRICS. Duta itu turut menarik perhatian bahawa penyertaan peringkat tinggi Malaysia dalam aktiviti Kumpulan Visi Strategik “Rusia-Dunia Islam” terbukti menjadi instrumen berkesan bagi persefahaman dan kerjasama antara Russia dan negara-negara Islam.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, Russia juga amat menantikan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak Russia-ASEAN di Kazan dari 17 hingga 18 Jun ini. Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, yang mewakili Kerajaan Malaysia pada majlis resepsi berkenaan, memberitahu Bernama bahawa kementeriannya akan mengetuai mesyuarat dua hala Malaysia-Russia dijadualkan berlangsung di Langkawi pada Ogos nanti.

Antara bidang yang akan diberikan tumpuan termasuk kerjasama pendidikan, khususnya dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional peringkat tinggi, katanya. -

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Johor DAP Clarifies Leadership Offer to Marina IbrahimJohor DAP Clarifies Leadership Offer to Marina IbrahimA leaked letter offering Skudai assemblyman Marina Ibrahim a leadership role at a public body has put a spotlight on how political parties hand out such appointments in Johor.
Read more »

Reality check on the nation’s energy strategy — Ahmad IbrahimReality check on the nation’s energy strategy — Ahmad IbrahimJUNE 3 — More than a decade ago, in Renewable and Sustainable Energy Reviews journal, researchers Nor Afifah Basri etal spoke about Malaysia’s energy future. Their paper was a...
Read more »

Marina Ibrahim denies fears over contesting in Malay-majority seatsMarina Ibrahim denies fears over contesting in Malay-majority seatsSeveral social media companies agreed to pay about US$27mil (RM107.3mil) to a Kentucky school district as part of a settlement for a lawsuit blaming them for a student mental health crisis, according to court documents reviewed Monday by AFP.
Read more »

Ryzal Ibrahim Kongsi Detik Cemas Ketika Anak Jatuh KatilRyzal Ibrahim Kongsi Detik Cemas Ketika Anak Jatuh KatilHati ibu bapa mana yang tak hancur tengok anak tiba-tiba jadi macam ini.
Read more »



Render Time: 2026-06-04 09:19:04