Pusat urut 'geli-geli' kena serbu

Malaysia News News

Pusat urut 'geli-geli' kena serbu
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

ipoh Sebuah pusat urut di Jalan Dato Tahwil Azhar di Ipoh diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak kelmarin selepas didapati menawarkan khidmat seks wanita warga asing kepada pelanggan.

Dengan mengenakan bayaran RM188 untuk 45 minit dan RM208 untuk sejam, aktiviti persundalan di premis itu terbongkar hasil maklumat orang ramai diikuti risikan dijalankan JIM.

Pengarah JIM Perak, Kamalludin Ismail berkata, operasi dijalankan 3.40 petang hingga 6.50 petang itu menahan 17 individu membabitkan 10 wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat seks. Katanya, 10 wanita yang ditahan terdiri enam warga Vietnam, empat wanita Thailand, manakala seorang lelaki Bangladesh, dua lelaki Myanmar serta empat pekerja termasuk majikan warga tempatan.

“Seramai 22 orang diperiksa dalam operasi dijalankan enam pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa JIM Perak dan semua yang ditahan berumur 19 hingga 49 tahun. “Wanita terbabit disyaki berkerja sebagai pelayan di pusat urut berkenaan dan ketika serbuan mereka sedang asyik melayan pelanggan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.“Semua yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-02-28 14:44:42