kualalumpur LEBIH 50 kenderaan buruk yang tersadai termasuk pemiliknya melakukan kesalahan lalu lintas ditunda anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di seluruh ibu kota, setiap hari.
Jumlah tinggi kenderaan yang ditunda secara harian itu menyebabkan berlaku kesesakan di depoh milik DBKL terutama kenderaan buruk yang tersadai.
“Melihat kepada jumlah kenderaan yang ditunda setiap hari, kami berdepan isu kapasiti bagi menyimpan kenderaan berkenaan terutama membabitkan kenderaan buruk kerana DBKL hanya mempunyai satu depoh dikhususkan bagi meletakkan kenderaan buruk yang ditunda iaitu di Depoh Simpanan Kenderaan Taman Connaught,” katanya.
“Depoh di Jinjang dan Sentul adalah untuk menempatkan kenderaan yang ditunda atas kesalahan lalu lintas dan gabungan kedua-dua depoh ini dapat menempatkan kira-kira 400 kenderaan dalam masa serentak. Depoh di Salak Selatan pula menempatkan kenderaan serta jentera berat yang ditunda sama ada tersadai atau melakukan kesalahan lalu lintas.
Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri segelintir individu dikenal pasti sebagai punca utama yang mendorong jumlah tinggi kenderaan yang ditunda anggota penguat kuasa DBKL setiap hari.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Grab comes in second among world’s 50 most innovative companies | Malay MailSINGAPORE, Feb 21 — Ride-hailing giant Grab has taken the second spot among the world’s 50 most innovative companies this year in a list published by Fast Company, an American-based global business publication. Being the only Singapore firm to make the cut, it also topped the transportation...
Read more »
Jerebu: 50 tompok panas dikesan di utara Thailand | The Malaysian InsightSejumlah 53 tompok panas dikesan dan wilayah Nan dan bahagian utara Thailand.
Read more »