Beyond the Breaking News

Punca kemalangan enam sekeluarga maut masih disiasat

Malaysia News News

Punca kemalangan enam sekeluarga maut masih disiasat
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Beliau berkata, pemandu lori berusia 47 tahun yang ditahan sejurus kejadian didapati negatif dadah

ADZLI Abu Shah bertemu ahli keluarga kepada enam sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan sebuah Proton X50 dan lori ketika hadir ke Jabatan Forensik HSB di Alor Setar.

- UTUSAN/ SHAHIR NOORDINALOR SETAR: Polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan melibatkan enam sekeluarga yang menaiki Proton X50 dengan sebuah lori tanah di Kampung Baru, Pinang Tunggal, petang semalam. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya akan menyiasat semua elemen berkaitan dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang nahas itu.

“Hasil siasatan awal mendapati lori muatan tanah itu dipandu hanya pada kelajuan 60 kilometer sejam ketika kejadian dan terdapat juga maklumat kenderaan utiliti sukan itu baru dibeli dan diambil pada pagi tadi . “Kita akan tengok mungkin ada masalah, pemeriksaan akan dibuat secara menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer ,” katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pemandu lori berusia 47 tahun yang ditahan sejurus kejadian didapati negatif dadah.

“Bagaimanapun dia didapati mempunyai tujuh saman termasuk empat yang belum diselesaikan. Namun begitu, dia mempunyai lesen memandu sah dan kelajuan lori semasa kejadian hanya 60 kilometer sejam. Adzli turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

“Jangan buat spekulasi, kerana ada yang WhatsApp kepada saya kata pemandu lori itu mabuk dan maklumkan kata berlainan bangsa. Saya rasa ini satu spekulasi yang sangat tidak bertanggungjawab. Saya maklumkan di sini bahawa pemandu lori dan keluarga terlibat berbangsa Melayu,” jelasnya. Sementara itu, enam mangsa yang terkorban dalam nahas itu disahkan sebagai Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 29, yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Nibong Tebal.

Turut maut isterinya, Jamaliah Sannusi, 29, yang merupakan jururawat di sebuah hospital di Sungai Bakap, Pulau Pinang serta bayi mereka, Ahmad Mikail yang baru berusia dua bulan. Seorang lagi anak pasangan itu iaitu Aulia Sofea, 3, cedera parah pada muka. Tiga lagi mangsa yang maut ialah adik Ahmad Syafiq iaitu Ahmad Fahim, 21, pemilik Proton X50 berkenaan yang bekerja sebagai jurujual kedai telefon dan ibunya, Nora Mohd Husin, 55, serta anak saudaranya, Iskandar Affan Ibrahim, 7.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Peluang skuad emas Perancis julang Piala DuniaPeluang skuad emas Perancis julang Piala DuniaPARIS: Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps menegaskan beliau tidak mahu terlalu memikirkan soal legasi menjelang kempen terakhirnya.
Read more »

Operasi sindiket penipuan di hotel: Hanya urusan perniagaanOperasi sindiket penipuan di hotel: Hanya urusan perniagaanLABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Seri Suhaili Abdul Rahman berkata beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan operasi sebuah pusat penipuan di hotel miliknya, di mana 57 individu ditahan, kebanya
Read more »

'Saya tidak mahu jawatan MB sekiranya perlu duduk semeja dengan DAP''Saya tidak mahu jawatan MB sekiranya perlu duduk semeja dengan DAP'Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan beliau enggan memegang jawatan Menteri Besar sekiranya perlu bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Read more »

Bekas isteri jadi punca pelakon tidak boleh jalin cinta baharuBekas isteri jadi punca pelakon tidak boleh jalin cinta baharuBekas isteri jadi punca pelakon tidak boleh jalin cinta baharu
Read more »



Render Time: 2026-07-20 19:26:33