Kerjasama itu bakal menyaksikan IHG memperkembangkan portfolio mewah dan gaya hidupnya di Malaysia dengan mengubah Mutiara Beach Resort Pulau Pinang di Teluk Bahang, kepada resort pantai mewah di bawah jenama IHG.
GEORGETOWN : Pemeteraian perjanjian antara IHG Hotels & Resorts dengan usahasama THR Hotel Sdn. Bhd., anak syarikat kepada pemilik hotel utama di Malaysia, Tradewinds Corporation Berhad untuk mentransformasikan Mutiara Beach Resort Pulau Pinang di Teluk Bahang, kepada resort mewah menunjukkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap industri pelancongan Pulau Pinang.
”Kerajaan negeri mengalu-alukan pelaburan untuk membangunkan semula hotel berkenaan dan ia menunjukkan Pulau Pinang sentiasa menjadi pilihan pelabur termasuk untuk membangunkan industri pelancongan di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar di sini hari ini. Bakal dibuka pada 2025, InterContinental Penang Resort yang terletak bersebelahan perkampungan nelayan Teluk Bahang, Taman Negara Pulau Pinang dan Taman Herba Tropikal Pulau Pinang akan menawarkan pengunjung pemandangan Selat Melaka yang menampilkan pantai pasir putih, air hijau jernih dan latar belakang hutan gunung untuk pelancong.
”Dalam peralihan kepada fasa endemik, Pulau Pinang telah menarik pelaburan antarabangsa dengan pantas.