Sebanyak 579 kes baharu melibatkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan di Pulau Pinang pada minggu epidemiologi ke-15 iaitu antara 6 hingga 12 April lalu.
GEORGE TOWN: Sebanyak 579 kes baharu melibatkan penyakit tangan, kaki dan mulut dikesan di Pulau Pinang pada minggu epidemiologi ke-15 iaitu antara 6 hingga 12 April lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 353 kes atau kira-kira 156.2 peratus berbanding minggu sebelumnya selain pengesanan empat kluster baharu.“Namun begitu, semua kes yang dilaporkan di Pulau Pinang menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar. Tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mempengerusikan satu mesyuarat khas bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan , Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi membincangkan situasi semasa penularan HFMD di negeri ini. Mengulas lanjut, Gooi berkata, sehingga 12 April lalu, Pulau Pinang telah merekodkan sebanyak 4,585 kes kumulatif HFMD, berbanding hanya 879 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Katanya, daerah Seberang Perai Tengah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,362 kes, diikuti oleh Seberang Perai Selatan atau SPS dengan 884 kes, Timur Laut , Barat Daya , dan Seberang Perai Utara dengan 642 kes. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Nama calon TYT Pulau Pinang diserah kepada Perdana MenteriKerajaan negeri telah menyerahkan beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kepada
Read more »
[Video] Suka Dessert Batal Jelajah Ke Pulau Pinang Selepas Caravan Dipercayai Terlibat KemalanganDifahamkan team Suka Dessert sepatutnya membuka booth di Sunshine Mall, Bertam, Kepala Batas pada jam 9 malam 24 Mac sebelum terlibat kemalangan.
Read more »
Pulau Pinang bakal miliki sekolah Islam antarabangsa pertamaTimbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, penubuhan sekolah itu hasil pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara tiga pihak iaitu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dan Al-Hamra Integrated School.
Read more »
Polis Pulau Pinang tumpu lapan kawasan kemalangan, kesesakanMohd Alwi menganggarkan sepanjang Ops Selamat kali ini sebanyak 2.6 juta kenderaan masuk melalui Pulau Pinang.
Read more »
Dua laporan kejadian gegaran susulan gempa diterima di Pulau PinangGEORGE TOWN : Beberapa kawasan di negeri ini dilaporkan turut menerima kesan iaitu gegaran kecil susulan kejadian gempa bumi kuat yang melanda negara Myanmar, petang tadi.
Read more »
Gempa bumi: ‘Pulau Pinang tak terkesan, pemeriksaan bomba hanya SOP’BATU KAWAN : Struktur bangunan serta dua jambatan utama di Pulau Pinang disifatkan selamat daripada sebarang kesan gegaran akibat gempa bumi yang melanda Myanmar, semalam.
Read more »