ipoh Seorang ibu bimbang selepas anak perempuannya hilang apabila disedari tiada di rumahnya di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, sejak 25 November lalu.
Zalina Idris, 51, berkata, anaknya, Erni Natasha Zulkifli, 18, dipercayai keluar daripada rumah sehelai sepinggang dengan hanya membawa telefon bimbit selain tidak membawa kad pengenalan.
“Kami sekeluarga tidak tahu dia pergi mana dan apa punca sebenar dia menghilang kerana sehari sebelum kehilangannya dia seperti biasa serta turut ikut saya ke kenduri kahwin. Zalina berkata, anak keenam daripada tujuh beradik itu sudah tidak belajar lagi selepas tamat persekolahan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.
Menurutnya, dia bukan sahaja bimbang keselamatan anaknya, malah teringin bertemu dengan Erni Natasha sebelum berangkat ke Tanah Suci esok bagi menunaikan umrah.