PTTI lancar kempen 2 juta Bangkit Belajar
KUALA LUMPUR : Selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia , PTTI terus dedikasi meneruskan misinya. Terbaru, jenama popular dalam dunia pembelajaran itu melancarkan kempen 2 Juta Bangkit Belajar dengan bertemakan Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama dalam usaha menggalakkan pelajar terus belajar walau berdepan dengan apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, sasaran 2 juta pelajar itu diberi secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan. “Bermula 27 Oktober hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik. “Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara ‘live’ mengikut jadual yang ditetapkan. “Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi trend dan tuntutan semasa saat ini,” katanya.“Sebab kita nampak lagi awal pelajar itu mula belajar, makin mudah dan cepat untuk mereka ini menjadi cemerlang. Dengan rekod kejayaan membantu pelajar SPM, kita percaya PTTI boleh bantu lebih ramai lagi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran. “Misi kita sendiri mahu menawarkan pembelajaran yang konsisten menerusi teknik mudah untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam pembelajaran pelajar “Kita menyeru semua pelajar mengambil peluang untuk skor dalam pembelajaran kerana mereka ini mampu untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya. Serentak dengan kempen itu, penyanyi muda popular Iman Troye turut diumumkan sebagai duta pusat ilmiah berkenaan. Pada majlis sama, penyanyi yang meledak dengan lagu Teman itu turut melakukan simbolik pelancaran single keduanya berjudul Nang. “Sebelum ini,buat kali pertamanya kami menggunakan khidmat dan pengaruh ialah,pelakon Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, MK pula mengambil alih posisi itu. “Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman,” katanya. Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor. “Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan. “Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan Kedah tuntut royalti pajakan Pulau Pinang RM100 juta - Utusan Digital'British mula membuat pembayaran royalti pada 1786 dan perjanjian pada masa waktu tersebut menyatakan jumlah pajakan adalah 10,000 dolar Sepanyol. Ketika itu nilai mata wang Sepanyol lebih dominan jika dibandingkan dollar Amerika Syarikat (AS) tetapi…
Read more »
PH Melaka mula kempen digital - Utusan DigitalMenerusi satu klip video pesanan suara yang disunting seakan-akan panggilan telefon, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menjelaskan berkenaan prosedur mengundi bagi pengundi luar negara.
Read more »
BeauTyra lancar Constellation Kisses Matte kolaborasi bersama Cupcake Aisyah - Utusan DigitalBeauTyra lancar Constellation Kisses Matte kolaborasi bersama Cupcake Aisyah
Read more »
Bajet 2022: Bantu ekonomi bangkit semula - Utusan DigitalBajet 2022: Bantu ekonomi bangkit semula
Read more »
PMB Investment sasar dana RM15 juta - Utusan DigitalPMB Investment sasar dana RM15 juta
Read more »
DHL Express labur RM200 juta - Utusan DigitalDHL Express labur RM200 juta
Read more »
