PTPTN mahu memperkemas maklumat tepat kepada majikan, khususnya berkaitan pelepasan cukai yang diberikan. FMTNews
ALOR GAJAH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan melipatgandakan usaha bagi menarik lebih ramai majikan membantu pekerja mereka membayar tunggakan pinjaman berkenaan pada masa akan datang, kata pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata, usaha itu termasuk memperkemas maklumat tepat dan jelas kepada majikan, khususnya berkaitan pelepasan cukai yang diberikan kerajaan dalam menjayakan inisiatif berkenaan. Setakat ini secara purata, jumlah majikan yang membayar tunggakan pinjaman pekerja sangat rendah, iaitu hanya enam majikan melibatkan 10 peminjam atau pekerja dengan jumlah bayaran yang dijelaskan RM97,873.59. “Perkara ini masih baru dan maklumat berkaitannya dalam kalangan majikan amat rendah, terutama pelepasan cukai yang mereka peroleh sekiranya membayar tunggakan pinjaman pekerja masing-masing. “Jadi kita dalam proses untuk berkempen agar lebih ramai majikan dapat terlibat dalam usaha ini, terutama membantu pekerja berpendapatan rendah membayar pinjaman PTPTN,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2019 di sini, hari ini. Wan Saiful berkata, inisiatif itu bukan sahaja meringankan beban pekerja dalam aspek pembayaran semula pinjaman PTPTN, tetapi dapat memberi motivasi kepada mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada majikan dan syarikat. Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, PTPTN menyasarkan untuk mendaftarkan 500,000 pemegang akaun SSPN dengan jumlah deposit melebihi RM1 bilion, tahun ini. Ini katanya adalah susulan kejayaan agensi itu pada tahun lepas yang merekodkan 678,829 pemegang akaun dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM1.13 bilion “Bagi tempoh Januari sehingga 31 Julai lepas, SSPN merekodkan sebanyak 256,135 pemegang akaun dengan jumlah deposit sebanyak RM477.25 juta,” katanya. Beliau berkata, SSPN merupakan produk yang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat serta menyifatkannya perkembangan yang baik dan berharap kesedaran menabung dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. Sejak diwujudkan pada 2004 dan sehingga 31 Julai lepas SSPN merekodkan 4.2 juta akaun dengan deposit berjumlah RM5 bilion, di seluruh negara. Program Jelajah SSPN yang bertujuan untuk membuat hebahan kepada masyarakat berkaitan budaya penabungan bagi pendidikan tinggi, berlangsung selama dua bulan mulai bulan lepas membabitkan 12 lokasi di Semenanjung, 11 lokasi di Sabah dan 10 di Sarawak.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RM20 juta bagi pembangunan Islam di Negeri Sembilan tahun depanKUALA PILAH 21 Sept. - Peruntukan bagi pembangunan agama Islam di Negeri Sembilan dijangka bertambah sebanyak RM3 juta pada tahun depan menjadikan jumlah keseluruhannya RM20 juta, berbanding lebih RM17 juta tahun ini.
Read more »
Fenomena vape pod: Pilihan berbahaya generasi muda masa kini!Kepercayaan mengatakan vape pod ini lebih baik berbanding rokok tembakau atau rokok elektronik sama salah sekali. FMTNews
Read more »
Dua lelaki Malaysia ditahan di AustraliaDUA lelaki rakyat Malaysia membabitkan seorang warga emas dan seorang pemegang visa pelajar ditahan Pasukan Sempadan Australia (ABF) kerana menyeludup lebih 1.2 tan ephedrine bernilai RM2.1 bilion ke negara itu.
Read more »
PTPTN: More than RM1b in deposits projected for 2019 through savings scheme | Malay MailSEREMBAN, Sept 22 — The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) is targeting to receive more than RM1 billion in deposits this year through its National Education Savings Scheme (SSPN), with an estimated 500,000 new account holders. Announcing this today, PTPTN chairman Wan Saiful Wan...
Read more »




