“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH-BN, mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.
Pengerusi Perikatan Nasional , Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi itu didorong oleh rasa kecewa dengan penipuan pemimpin kedua-dua parti berkenaan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 .
Katanya, keadaan itu sekali gus menyebabkan ramai penyokong PH dan BN beralih arah menyokong PN kerana sudah tidak teruja dengan gabungan berkenaan. Malah, menurutnya, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman manakala majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda yang dimenangi oleh PH pada PRU14. “Bagi saya, penipuan PH-BN dalam PRU15 adalah ‘the biggest electoral fraud ever’ dan semalam pengundi di Padang Serai dan Tioman sudah memberi isyarat jelas yang mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 selepas mendapat 51,637 undi mengatasi calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi.Calon BN, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu memperoleh 8,080 undi dan menewaskan calon PN, Nor Idayu Hashim yang memperoleh 7,507 undi. –UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Padang Serai bukan tanda rakyat tolak kerjasama Pakatan-BN, kata Mahfuz | The Malaysian InsightPN menang di Padang Serai kerana gelombang PRU15, yang menyaksikan peralihan pengundi, katanya.
Read more »
Padang Serai, Tioman bukti PN semakin diterima rakyatKOTA BHARU: Keputusan dua Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang memberi isyarat jelas pembaharuan yang dibawa Perikatan Nasional (PN) semakin diterima oleh rakyat.
Read more »
[Tidak rasmi] PN mendahului 14,536 undi di Padang SeraiCalon PN, Datuk Azman Nasrudin memperolehi majoriti 5,186 undi selepas meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak yang mendapat 9,350 undi.
Read more »
Padang Serai, Tioman isyarat rakyat tidak terima langkah Pakatan, BN, kata Muhyiddin | The Malaysian InsightPengerusi PN itu menyifatkan keputusan pilihan raya semalam sebagai petanda positif sokongan padu rakyat kepada gabungan pimpinannnya.
Read more »
More than 160,000 in Padang Serai, Tioman will be voting todayA total of 46 polling centres with 230 voting streams in Padang Serai, and 17 polling centres with 52 voting streams in Tioman will open from 8am to 6pm. theSun theSundaily padangserai tioman GE15 MalaysiaMemilih news
Read more »