Mohd. Rafizi Ramli dijangka mengumumkan gerak kerja minggu depan, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut calon Timbalan Presiden PKR itu, perkara itu bagi membolehkan parti itu tetap mendekati rakyat melalui kempen bertemakan ‘Ayuh Malaysia’ susulan penangguhan keputusan Pemilihan PKR 2022.
“Oleh kerana hal dalam PKR masih belum selesai, kita akan berkempen mendekati rakyat melalui @ayuh_malaysia. Mohon seberapa ramai ikuti,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, malam tadi. Mohd. Rafizi melancarkan kempen ‘Ayuh Malaysia’ bagi menarik sokongan pengundi atas pagar ke arah menghadapi PRU15.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more: