Calon bebas Parlimen Bagan Datuk, Tawfik Tun Dr Ismail berkata akan menubuhkan Bagan Datuk Development Corporation (BDDC) bagi merealisasikan agenda penambahbaikan ekonomi.
BAGAN DATUK: Calon bebas Parlimen Bagan Datuk, Tawfik Tun Dr Ismail berkata akan menubuhkan Bagan Datuk Development Corporation bagi merealisasikan agenda penambahbaikan ekonomi yang digariskan dalam kempen politiknya bagi kerusi itu.Selaras dengan matlamat itu, semua penduduk Bagan Datuk yang berumur 18 tahun ke atas akan menjadi sebahagian daripada pemegang saham syarikat.
“Model ini dibina berdasarkan model yang menekankan pertumbuhan saksama dan kemakmuran bersama,” kata Tawfik yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail. BDDC akan memanfaatkan kekuatan kawasan tersebut, iaitu pertanian dan perikanan, dengan memberikan pemegang sahamnya bahagian yang lebih besar daripada industri hiliran yang lebih menguntungkan melalui penyertaan dalam pembuatan dan pemprosesan.
Ia juga bertujuan untuk menjadi pemangkin kepada pelancongan di Bagan Datuk dengan mewujudkan Taman Agro Buah-buahan & Herba Tropika dan tarikan lain seumpamanya.Ia juga akan menjaga penduduk dengan menubuhkan tabung untuk kesihatan, kebajikan dan pendidikan. “Saya berharap BDDC boleh menjadi pelan tindakan untuk pembangunan saksama bagi kawasan pilihan raya lain di Malaysia,” katanya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
GE15: He's not my brother, says BN's Bagan Serai candidate of incumbent MP from BersatuBAGAN SERAI: Zul Helmi Ghazali, the Barisan Nasional candidate for the Bagan Serai parliamentary seat in the 15th General Election (GE15), says voters have mistaken him for being related to incumbent Datuk Dr Noor Azmi Ghazali as they share the same patronymic.
Read more »
GE15: Bagan will be a tough nut to crack, says Perikatan's candidateBUTTERWORTH: Perikatan Nasional's Bagan candidate Alan Oh has listed development projects he wants to champion for the constituency even though it will be tough contesting against the constituency's incumbent MP Lim Guan Eng.
Read more »
Calon Bebas Putrajaya, Fice Bee ‘timbul’ hari-hari terakhir kempenFice Bee namun langsung tidak kekok apabila disapa, malah lebih menarik gaya tutur dan lenggok bahasa Melayunya sangat lancar dan teratur.
Read more »
Beri peluang calon BN wakili rakyat di Indera Mahkota, SemambuCalon BN Parlimen Indera Mahkota, Datuk Quek Tai Seong dan DUN Semambu, Khairul Hisham Omar merupakan calon berwibawa dan diyakini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Read more »
Saifuddin kesal calon lain tidak hadir debatIa merupakan peluang dan kesempatan kepada semua calon untuk menerangkan manifesto sendiri atau parti diwakili atau sebagainya.
Read more »
Calon BN yakin tawan semula Sabak BernamPeningkatan hasil pertanian akan menjadi fokus utama sekiranya diberi mandat kelak sekali gus membantu pengeluaran hasil padi.
Read more »