Protes penyokong bayangi kemenangan United

Malaysia News News

Protes penyokong bayangi kemenangan United
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Ini bukan kali pertama peminat melancarkan kempen mengusir pemilik kelab, The Glazers.

MANCHESTER: Protes penyokong yang melaungkan ‘Joel Glazer akan mati’ membayangi kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Brentford pada aksi terakhir mereka dalam Liga Perdana Inggeris di laman sendiri, awal pagi tadi.

Ribuan penyokong berarak di jalanan sebelum protes berakhir di Old Trafford bagi menyuarakan kekecewaan terhadap musim hambar Red Devils. Jaringan Bruno Fernandes, Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane memastikan tiga mata milik United, namun ketika saingan berbaki dua perlawanan peluang menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik hampir tertutup.United ketinggalan lima mata di belakang pasukan tangga keempat, Arsenal yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Pemilik United, keluarga Glazers sangat tidak popular dalam kalangan penyokong, yang berulang kali melancarkan kempen untuk menyingkirkan ahli perniagaan dari Amerika Syarikat itu. Selain melakukan protes sebelum perlawanan, penyokong juga bertindak meninggalkan stadium beramai-ramai pada minit ke-73.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-29 17:49:17