Projek penswastaan perlu elak kecurangan, pentingkan kebaijkan pekerja – PM
CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap projek dalam Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 mesti menerapkan prinsip tatakelola yang lebih tegas dan tidak bertolak ansur dari sebarang kecurangan yang menjahanamkan perubahan negara.
Perdana Menteri berkata, syarikat yang diswastakan ini bukan sahaja mengejar keuntungan semata-mata, malah perlu memikirkan tiga aspek dalam mementingkan ‘keluarga’ iaitu dalam kalangan pekerja mereka. Kata beliau, tiga aspek itu ialah menitikberatkan soal kadar upah pekerja yang setimpal, kemudahan perumahan dan Pendidikan untuk anak-anak mereka mengikut keupayaan syarikat masing-masing.
“Pengajaran yang saya nak sampaikan ini bagaimana harus kita teruskan dalam pelan kerjasama awam-swasta perlu mengambil kira konsep ini. “Jadi peranan Unit Kerjasama Awam-Swasta ini adalah untuk memastikan kepesatan kelulusan yang tidak terikat kerenah birokrasi berlebihan, tetapi tidak berganjak dengan prinsip utama tentang tatakelola dan mengelak dari sebarang kecurangan yang telah menjahanamkan sebahagian perubahan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 di Universiti Multimedia di sini hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Segerakan kelulusan projek pembangunan rakyatKelulusan sesuatu projek pembangunan untuk rakyat dan pelabur asing perlu perlu dipercepatkan.
Read more »
Rasuah RM1.6 bilion projek lebuh raya: SPRM perlu keterangan 50 saksi lagiKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu merakamkan keterangan 50 saksi lagi bagi membantu siasatan terhadap pengurusan terti...
Read more »
Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siapKUALA LUMPUR: Siasatan berhubung isu dakwaan pemberian kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor yang membabitkan s...
Read more »
Kontrak ditarik balik jika projek gagal dimulakan dalam tempoh sebulanMUKAH: Kontrak pelaksanaan projek kerajaan Sarawak yang berjaya dibida kontraktor akan ditarik balik sekiranya mereka gagal memulakan kerja dalam temp...
Read more »
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 %KUANTAN: Kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merangkumi empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor sudah...
Read more »
Projek perintis tanaman padi dilancarkan di Kota MaruduKOTA MARUDU: Kerajaan Sabah melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sawit Kinabalu Group dengan kerjasama Jabatan Pertanian memulakan projek perinti...
Read more »