“Kami sangat memahami keluhan pembeli-pembeli memandangkan projek ini pada awalnya dijadualkan siap dan penyerahan milikan kosong dianggarkan pada Ogos 2020.'
CYBERJAYA: Kemajuan kerja keseluruhan pembinaan Pangsapuri Aspire Residence Fasa 1, dekat sini membabitkan tiga blok kini mencapai tahap 65 peratus dan bakinya dijangka siap pada suku pertama 2023. Jurucakap pemaju pangsapuri berkenaan iaitu Syarikat Perumahan Nasional Berhad berkata, pihaknya memohon maaf atas kelewatan menyiapkan projek tersebut dan menyebabkan kesulitan kepada pembeli-pembeli rumah.
Katanya, usaha sedang giat dilakukan bagi menyiapkan baki 35 peratus kerja-kerja pembinaan di tapak sehingga Siji Pematuhan dan Kesiapan diperoleh yang dijangk pada tempoh itu bagi Fasa 1 . “Kami sangat memahami keluhan pembeli-pembeli memandangkan projek ini pada awalnya dijadualkan siap dan penyerahan milikan kosong dianggarkan pada Ogos 2020,” ujarnya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam. Akhbar ini melaporkan, seramai pemilik 1,168 unit pangsapuri berkenaan yang dibina sejak Ogos 2016 terpaksa menanggung bebanan kewangan apabila kediaman yang dijanjikan siap tahun lalu belum dapat diduduki. Kelewatan hampir dua tahun itu menyebabkan pembeli terpaksa membuat bayaran ke atas pinjaman perumahan dari institusi kewangan nyata memberikan kesan ketara terutama melalui fasa pandemik Covid-19. Masalah kelewatan itu dikatakan ekoran cabaran semasa akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memberi kesan terhadap kemajuan kerja kerana sektor pembinaan tidak dapat beroperasi. Tambahnya, SPNB komited menyiap dan menyerahkan milikan kosong dan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli. “Lanjutan itu, SPNB mendapat pengecualian tempoh PKP bagi pemajuan ini yang terjejas kerana penularan pandemik Covid- 19. “SPNB dari semasa ke semasa akan berhubung dengan para pembeli Aspire Residence bagi memaklumkan status terkini projek menerusi laman web, media sosial, emel dan telefon melalui pusat panggilan SPNB,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Harga bahan binaan melambung: Kontraktor terlibat projek SPNB paling ramai terjejas - Utusan DigitalYang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan, Mohd. Noor Ihsan Mohd. Alwi berkata, pihaknya banyak menerima aduan kenaikan harga bahan binaan daripada kontraktor-kontraktor kecil yang menjalankan projek SPNB selain yang menerima…
Read more »
Angkara janji manis, 1,168 pembeli pangsapuri menanggung beban kewangan - Utusan DigitalBerdasarkan maklumat, projek pembinaan perumahan pangsapuri tiga blok itu dijangka siap mengikut blok masing-masing iaitu Blok 1 siap sepenuhnya pada 23 Ogos 2020, Blok 2 (11 Mac 2021) dan Blok 3 (31 Jan 2022).
Read more »
Projek pembangunan basmi kemiskinan di dua lokasi di Sabah - Utusan DigitalSekiranya kadar pertumbuhan itu gagal dipertingkatkan maka, usaha merapatkan jurang pembangunan antara negeri-negeri di Malaysia juga akan gagal.
Read more »
Terengganu hampiri suku akhir Piala Malaysia - Utusan DigitalSkuad Penyu kini mengumpul sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan untuk mengungguli Kumpulan B.
Read more »
Thailand bangunkan projek tenaga solar terbesar dunia - Utusan Digital144,000 panel solar dipasang bersamaan keluasan 100 padang bola sepak
Read more »




