PRN: Polis Kelantan terima dua laporan provokasi BERITA NASIONAL Politik TERKINI poliskelantan
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan itu melibatkan seorang penunggang motosikal yang juga penyokong sebuah parti membuat bising di hadapan sebuah balai polis kira-kira pukul 12.30 malam semalam.“Dalam kes itu, kita menyiasat penunggang motosikal terbabit dan anggota polis yang terlibat dalam kes itu disiasat mengikut Pematuhan Integriti dan Standard.
“Bagi kes kedua ia melibatkan sebuah kereta dipandu seorang individu diubah suai kepada kereta kebal yang ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya sidang akhbar selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan di sini hari ini. Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, tinjauan udara mendapati, proses pilihan raya dan trafik berjalan lancar tanpa sebarang kesesakan.
“Saya berharap tiada lagi sebarang provokasi berlaku menjelang proses pengiraan undi pada malam ini,” katanya.-UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRN: BN-PH 'kalah awal' sebab itu sibuk persoal siapa calon MB Kelantan-Pas KelantanKOTA BHARU: Tindakan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) yang sibuk 'menjaja' siapa calon Menteri Besar jika Pas kekal mentadbir Kelantan memberi isyarat parti itu sudah mengaku kalah lebih awal sebelum keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan 12 Ogos ini.
Read more »
PRN: 100,000 peluang kerja jika BN-PH perintah KelantanPASIR PUTEH: Gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) akan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh lima tahun jika diberi mandat mentadbir Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Read more »
PRN: Aliran trafik masuk ke Kelantan di Gua Musang masih lancarGUA MUSANG: Aliran trafik masuk ke negeri ini dari Kuala Lipis, Pahang ke bandar Gua Musang masih lancar tanpa pertambahan kenderaan menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.
Read more »