PRN: Pas seru perantau pertahan kemenangan di serambi Mekah. kotabharu
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sokongan padu daripada anak perantauan amat diperlukan bagi memastikan kejayaan kerajaan negeri yang dibentuk selepas PRN terus menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran di bumi serambi Mekah ini.
“Sepanjang Ramadan lalu kita boleh lawan, kita bangun dan kita menang. Perjuangan ini mungkin akan memakan masa panjang, iaitu 10 hingga 30 tahun lagi kerana kita mempunyai banyak cabaran di hadapan. “Jadi kita menyeru semua rakyat Kelantan yang berada di perantauan agar dapat balik menunaikan tanggungjawab dan memberikan sokongan kepada kita pada PRN nanti supaya program dirancang akan berjalan dengan lebih rancak dan lebih baik,” katanya semasa berucap pada Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan di Balai Islam Lundang, di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana rakyat Kelantan sentiasa menunjukkan kecintaan terhadap negeri ini walaupun di mana mereka berada. “Kita bersyukur kepada Allah kerana berjaya menghabiskan segala tuntutan Ramadan dan saya sangat gembira melihat rakyat Kelantan sentiasa pulang ke negeri ini pada setiap sambutan hari raya dan musim percutian,” ujarnya.-UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agihan kerusi PRN di Kelantan ikut status qou-PasTUMPAT: Agihan kerusi untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dibuat mengikut status qou sebagaimana Pilihan Umum Ke-15 (PRUN-15) lalu.
Read more »
PRN Kelantan: PAS tanding 37 kerusi, Bersatu 8, kata Mohd Amar | The Malaysian InsightKatanya Parlimen yang dimenangi BN diserahkan kepada Bersatu untuk bertanding pada PRN kali ini.
Read more »
Greece bubar Parlimen, beri laluan pilihan rayaPresiden Greece, Katerina Sakellaropoulou menandatangani dekri membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan
Read more »
Rumah terbuka PM dianggap ‘kempen pilihan raya’, kata SanusiMenteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata Putrajaya bertentangan dengan pendirian berjimat cermat apabila menganjurkan beberapa majlis jamuan.
Read more »