Beyond the Breaking News

PRN Melaka: Elak tiga penjuru, Bersatu digesa beri laluan kepada Pas - Utusan Digital

Malaysia News News

PRN Melaka: Elak tiga penjuru, Bersatu digesa beri laluan kepada Pas - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Biar UMNO dan Pas sahaja yang melawan PH di kawasan-kawasan Melayu di bawah Muafakat Nasional (MN) supaya undi Melayu tidak pecah. Ini kerana seperti Pas di Sabah, jumlah sokongan dan akar umbi PPBM di Melaka adalah sedikit'.

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia digesa tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sebaliknya memberikan peluang itu kepada Pas yang mempunyai sokongan akar umbi dan pengundi Melayu lebih kuat.

Hal itu dapat dilihat menerusi keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 apabila dua kerusi yang dimenangi parti itu di Dewan Undangan Negeri Telok Mas dan Paya Rumput didakwa kerana sokongan daripada pengundi Pakatan Harapan .Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil yang mendakwa dalam PRU-14, Bersatu yang diwakili Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen di Paya Rumput dan Datuk Noor Effandi Ahmad tanpa PH akan kalah dengan kekurangan lebih 3,000 majoriti. “Dua kerusi yang PPBM menang di Paya Rumput dan Telok Mas pada PRU-14 yang lalu adalah kerana pengundi PH dan pengundi bukan Melayu yang kali ini tidak akan mengundi Bersatu lagi. “Di Telok Mas, Mohd. Rafiq mendapat 12,102 undi. Namun dua per tiga atau 8,000 daripada undi ini adalah dari undi Cina dan India. Tanpa undi ini beliau akan kalah dengan lebih 3,000 majoriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, jika kini UMNO digesa memberi laluan kepada Bersatu untuk terus pertahankan kerusi berkenaan, sebahagian besar pengundi Melayu termasuk hampir 8,000 pengundi UMNO di Paya Rumput kemungkinan tidak akan sokong Mohd. Rafiq dan akan kalah dengan lebih besar walaupun dengan undi Pas. Justeru, beliau menggesa Bersatu supaya tidak bertanding dalam PRN Melaka dan memberi laluan kepada Pas yang mempunyai akar umbi dan sokongan lebih kuat terutama dalam kalangan pengundi Melayu. “Biar UMNO dan Pas sahaja yang melawan PH di kawasan-kawasan Melayu di bawah Muafakat Nasional supaya undi Melayu tidak pecah. Ini kerana seperti Pas di Sabah, jumlah sokongan dan akar umbi PPBM di Melaka adalah sedikit. “Walaupun Pas tidak menang apa-apa kerusi di Melaka dalam PRU-14 lepas berbanding PPBM yang menang dua kerusi, Pas mempunyai sokongan pengundi dan akar umbi Melayu lebih besar dari PPBM di Melaka,” jelasnya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PRN Melaka: Ada perkembangan positif kerjasama PAS-Bersatu-Umno, kata Tuan Ibrahim | The Malaysian InsightPRN Melaka: Ada perkembangan positif kerjasama PAS-Bersatu-Umno, kata Tuan Ibrahim | The Malaysian InsightIa susulan perbincangan antara ketiga-tiga parti dalam mesyuarat yang diadakan semalam.
Read more »

Majlis Syura Ulama serah kepada j/kuasa pusat PAS tentukan lambang PRN Melaka | The Malaysian InsightMajlis Syura Ulama serah kepada j/kuasa pusat PAS tentukan lambang PRN Melaka | The Malaysian InsightMajlis Syura turut meluluskan kelayakan calon PRN Melaka untuk dipilih Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, kata Khairuddin.
Read more »

PRN Melaka: 70% kempen PAS melalui media sosial, kata Sanusi | The Malaysian InsightPRN Melaka: 70% kempen PAS melalui media sosial, kata Sanusi | The Malaysian InsightBaki 30% berkempen secara konvensional, kata pengarah pilihan raya PAS.
Read more »

Batal larangan himpunan PRN Melaka, ganti SOP khas, kata Kit Siang | The Malaysian InsightBatal larangan himpunan PRN Melaka, ganti SOP khas, kata Kit Siang | The Malaysian InsightVeteran DAP itu berkata larangan diumumkan menteri kesihatan itu tidak praktikal.
Read more »



Render Time: 2026-06-07 17:33:06