PRK Mahkota: Semua parti Kerajaan Perpaduan beri sokongan padu kepada UMNO

Malaysia News News

PRK Mahkota: Semua parti Kerajaan Perpaduan beri sokongan padu kepada UMNO
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 59 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 51%

PRK Mahkota: Semua parti Kerajaan Perpaduan beri sokongan padu kepada UMNO

KOTA TINGGI: Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan memberi komitmen dan sokongan kuat kepada barisan Barisan Nasional daripada UMNO dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Mahkota pada Pilihan Raya Kecil 28 September ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, koordinasi antara parti dalam Kerajaan Perpaduan berada dalam keadaan baik bagi menghadapi PRK berkenaan. “Kita telah dapat jaminan kerjasama daripada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kita bersyukur bukan sahaja sokongan kuat daripada masyarakat Melayu dan ahli UMNO, malah kita juga mendapat sokongan kuat dan jaminan komitmen daripads semua parti dalam kerajaan perpaduan,” katanya ditemui selepas merasmikan My Villa di Dewan Felda Air Tawar 3, dekat sini, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, keputusan sama ada mengekalkan kuota kerusi Wanita di DUN Mahkota atau sebaliknya akan diputuskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 September ini sebagai hari pengundian PRK DUN Mahkota, manakala hari penamaan calon dan hari pengundian awal pada 14 dan 24 September.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandang kerusi tersebut, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang pada 2 Ogos lalu. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

‘PRK DUN Mahkota: Hormati semangat Kerajaan Perpaduan, jangan tuntut itu, ini’‘PRK DUN Mahkota: Hormati semangat Kerajaan Perpaduan, jangan tuntut itu, ini’'Jangan cuba tuntut itu dan ini sebaliknya memahami semangat yang terbentuk dalam Kerajaan Perpaduan.'
Read more »

PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BNPRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BNKUALA LUMPUR: Calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah daripada Barisan Nasional (BN), kata T...
Read more »

Semua parti dalam kerajaan perpaduan jamin kerjasama pertahan DUN MahkotaSemua parti dalam kerajaan perpaduan jamin kerjasama pertahan DUN MahkotaKOTA TINGGI: Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen dan sokongan penuh dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pil...
Read more »

PRK DUN Mahkota ditetapkan 28 SeptemberPRK DUN Mahkota ditetapkan 28 SeptemberSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.
Read more »

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept, penamaan calon 14 SeptPRK DUN Mahkota pada 28 Sept, penamaan calon 14 SeptPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada 28 Sept....
Read more »

PH tidak bertanding PRK DUN Mahkota - Saifuddin NasutionPH tidak bertanding PRK DUN Mahkota - Saifuddin NasutionKUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada Septemb...
Read more »



Render Time: 2025-02-12 13:08:47