BINTULU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak diumumkan sekitar pukul 9 malam nanti, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Bagaimanapun katanya, ia tertakluk kepada situasi cuaca dan proses pengiraan di pusat-pusat pengundian berjalan sepanjang tempoh tersebut.
“Tetapi ini tertakluk kepada keadaan ketika itu juga, diharap cuaca dalam keadaan elok dan tiada kacau ganggu dari segi kiraan dan sebagainya. Cumanya kita menyeru kepada semua pengundi untuk keluar mengundi dan melunaskan tanggungjawab masing-masing,” katanya kepada media di sini hari ini. Terdahulu beliau ketika melawat empat lokasi pengundian iaitu dua di sekolah dan dua di rumah panjang berkata, setakat pukul 12 tengah hari tadi, prestasi peratusan yang keluar mengundi hanya 33 peratus.
Dalam pada itu beliau berkata, setakat lawatannya, pihak SPR tidak ada menerima sebarang laporan daripada pusat mengundi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRK Jepak: SPR jangka peratusan keluar mengundi 65%BINTULU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Sa...
Read more »
GPS yakin menang PRK DUN JepakGPS yakin menang PRK DUN Jepak
Read more »
PRK Jepak: Cuaca pagi esok diramal cerah, ribut petir sebelah petangBINTULU: Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, esok. Menurut laman sesa...
Read more »
Pengundian PRK DUN Jepak bermulaSeramai 22,731 pengundi berdaftar akan memilih ADUN baharu Jepak apabila semua 14 pusat pengundian dibuka jam 7.30 pagi ini.
Read more »
PRK Jepak: ‘Seolah-olah berdepan lebih 22,000 panel temu duga’BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee berdepan perasaan seperti menduduki ujian terakhir ketika turun ke pusat pengundiannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu di sini hari ini.
Read more »
PRK Jepak: 33% keluar mengundi setakat 12 tengah hariDUN Jepak mempunyai 22,731 pengundi berdaftar, termasuk 43 anggota polis yang mengundi menerusi undi pos.
Read more »