PRK Dun Slim pada 29 Ogos

Malaysia News News

PRK Dun Slim pada 29 Ogos
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

putrajaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N58 Slim, Perak diadakan pada 29 Ogos.

Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom turut mengumumkan hari penamaan calon pada 15 Ogos manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.

"Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula daripada hari perisytiharan calon-calon bertanding sehingga jam 11.59 malam 28 Ogos," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas mengenai urusan PRK itu di Putrajaya hari ini. Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Liga M tetap mula 26 OgosLiga M tetap mula 26 OgosSAINGAN Liga Malaysia (Liga M) tetap akan berlangsung seperti dijadualkan iaitu pada 26 Ogos ini.
Read more »

Slim by-election polling day on Aug 29Slim by-election polling day on Aug 29PUTRAJAYA: Polling day for the Slim by-election will be on Aug 29, says the Election Commission (EC).
Read more »



Render Time: 2025-02-24 16:03:37