Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mengumumkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri selepas pembentukan kerajaan pasca PRU15.
PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri menjelaskan satu poster ucapan tahniah pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri seperti yang tular dalam media sosial adalah palsu.
Justeru, jabatan berkenaan meminta orang ramai tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti dan palsu. Setakat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mengumumkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri selepas pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 .
Semalam, Anwar memaklumkan pengumuman senarai Kabinet akan mengambil masa beberapa hari lagi, dengan perbincangan untuk melantik menteri turut sedang dilaksanakan bersama parti gabungan Pakatan Harapan Setakat ini, kerajaan perpaduan disertai PH yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti Barisan Nasional , Gabungan Parti Sarawak , dan Gabungan Rakyat Sabah dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kluster mahkamah perlu ditolak sertai KabinetKluster mahkamah perlu ditolak daripada barisan Kabinet yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read more »
Barisan will support Anwar in confidence vote, says ZahidPETALING JAYA: Barisan Nasional will fully support Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in the confidence vote in Parliament on Dec 19, says Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Read more »
Zahid: BN will support Anwar via vote of confidenceAhmad Zahid said this process is important to ensure no more questions are raised on Anwar’s position. theSun theSun vote confidence Parliament cabinet Leadership Malaysia
Read more »
Anwar receives courtesy calls from Warisan, GRSPETALING JAYA: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has received a courtesy visit from Parti Warisan president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Read more »
Jawatan menteri bukan lagi ganjaran politik, kata Anwar | The Malaysian InsightSaya mahu mereka sokong kerana polisi dan komitmen tadbir urus saya yang baik, katanya.
Read more »