Hamid Bador menegaskan pihaknya tidak sewenang-wenang menghantar pulang seseorang ke negara asal jika tidak mempunyai bukti kukuh mereka terlibat keganasan. FMTNews
GERIK: Seorang guru warga Turki dan keluarganya yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengganas dihantar pulang ke negara asal pada minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
“Saya yakin mereka akan mendapat keadilan di bawah sistem perundangan di negara itu apabila diserahkan untuk menjalani proses undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Perak 2019, hari ini. Beliau berkata berdasarkan maklumat diterima daripada Turki, guru berkenaan Arif Komis, 43, terlibat dalam satu kumpulan yang dikatakan menganjurkan kekerasan dan melancarkan rampasan kuasa berdarah sehingga menyebabkan 200 kematian orang.
“Saya yakin dia akan mendapat pembelaan dari segi undang-undang dan hak dia di sana. Kita memang diberi asas-asas apabila berkaitan dengan keganasan, kita beri kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tentera Turki mula latihan guna peluru berpandu RusiaLatihan di Rusia itu melibatkan penyertaan anggota komando tentera udara. FMTNews
Read more »
Ada sebab kukuh guru warga Turki dihantar pulang, kata KPN | The Malaysian InsightEnam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak berkuasa Turki dengan urusan penghantaran pulang diaturkan pihak Kedutaan Besar Turki di Kuala Lumpur menaiki penerbangan biasa.
Read more »
Polis cadang sebat mandatori terhadap penyeludup hidupan liarCadangan itu akan dibawa kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dalam membanteras isu pemburuan haram dan penyeludupan haiwan liar di negara ini. FMTNews
Read more »
Polis patahkan sindiket edaran dadah terbesarKUALA TERENGGANU 3 Sept. - Polis yakin berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini dengan tertangkapnya seorang penganggur berusia 34 tahun berserta sejumlah 60,000 pil kuda bernilai RM600,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Machang, Manir di sini kelmarin.
Read more »
SetPol Anwar dipanggil polis bantu siasatan kes rusuhan bersenjataKejadian berlaku di sebuah kompleks sukan di Ampang dan melibatkan lebih kurang 12 ke 14 orang. FMTNews
Read more »