jitra Anggota polis trafik maut selepas motosikal dinaiki terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di bahu jalan ketika menjalankan operasi Ops Samseng Jalanan.
Dalam kejadian itu, mangsa, Konstabel Adam Che Aziz, 25, yang bertugas di Cawangan trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian pada 2 pagi ketika mangsa menjalankan operasi berkenaan. Beliau berkata, ketika tiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang lampu di tepi bahu jalan.“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Op Blue Devil sudah tahan 211 anggota polis | The Malaysian InsightMereka disyaki terlibat dalam salah guna dadah, operasi itu dilancarkan Ogos lepas.
Read more »
Pakatan mahu polis pertimbang peraturan kempen baharu | The Malaysian InsightMuhyiddin berkata, calon dan jentera pilihan raya perlu diberi ruang untuk meraih undi.
Read more »
Mohon permit kempen rumah ke rumah mudah, hanya isi butiran pemohon, kata polisApa-apa yang melibatkan kempen memang perlu dapatkan permit mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya. FMTNews MohdKamarudinMdDin TanjungPiai
Read more »
SPR perlu tolak permintaan polis, kata Bersih | The Malaysian InsightMenurut mereka, syarat ditetapkan untuk permit kempen dari rumah ke rumah tak ikut undang-undang.
Read more »
Pegawai polis sertai konvoi maut kemalangan | The Malaysian InsightMangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kaki.
Read more »
Hanya 2 maut dalam kemalangan dekat Tapah, kata polis | The Malaysian InsightLaporan awal hari ini menyebut empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di KM317 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) malam tadi.
Read more »