Polis tahan warga emas pandu lawan arus di lebuh raya
SEREMBAN : Seorang warga emas yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuhraya Kajang Seremban dekat Nilai di sini pagi tadi, ditahan selepas polis mengesan video tular tindakannya itu
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia 72 tahun yang memandu Perodua Axia itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi. “Polis telah mengesan satu video tular berdurasi tiga minit di media sosial menunjukkan video kenderaan jenis Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus di lebuh raya terbabit.
“Berikutan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu tersebut dan membawanya ke IPD. “Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai telah memandu secara melawan arus di lebuh raya terbabit untuk tujuan pulang ke rumah.Sehubungan dengan itu, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis tahan lelaki edar vape mengandungi heroinPolis menumpaskan sindiket pengedaran cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis heroin di sebuah rumah dengan penahanan seorang lelaki.
Read more »
Polis tahan 447 individu dalam Ops Hawk tiga hari di PahangKesemua mereka yang berumur 18 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.
Read more »
Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu10 individu termasuk 7 wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan.
Read more »
Polis Tahan Tiga Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul OKUTiga lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes pukul OKU.
Read more »
Kebakaran hotel di Turkiye, polis tahan 9 individuKebakaran hotel di Turkiye, polis tahan 9 individu
Read more »
Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsertPolis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah pada konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway.
Read more »