Polis tahan 2 warga Taiwan suspek kes tembakan
DUA warga Taiwan yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dengan kes tembakan di negara berkenaan, ditahan pada 20 April lepas di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika memasuki Malaysia melalui penerbangan dari Taiwan.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata kedua-dua suspek juga dipercayai ahli kongsi gelap serta anggota sindiketBeliau berkata suspek ditahan susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Taiwan, di samping pasport kedua-dua mereka dibatalkan oleh kerajaan Taiwan, dan tangkapan dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat PDRM dengan pihak berkuasa Taiwan, dan kolaborasi ini akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkait kedua-dua suspek di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata kedua-dua suspek telah diserahkan kepada wakil polis Taiwan di KLIA semalam untuk dibawa pulang ke negara asal.“PDRM juga akan mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan negara transit atau destinasi bagi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya. – Bernama, 29 April 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Trafik dijangka sesak, polis mulakan Op Lancar hari ini hingga Isnin | The Malaysian InsightPertambahan kenderaan yang ketara dijangka berlaku dalam tempoh berkenaan susulan cuti persekolahan yang bakal berakhir dan cuti Hari Pekerja.
Read more »
Chinese ‘scorpion’ combat drone circles Taiwan | The Malaysian InsightIts defence ministry also detects 37 other Chinese military aircraft around the island between Thursday and Friday.
Read more »
Taiwan records second straight GDP contraction, biggest since 2009 | The Malaysian InsightTaiwan records second straight GDP contraction, biggest since 2009
Read more »