Polis tahan 2 lelaki, rampas minuman keras RM200,000
POLIS menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak bercukai bernilai RM269,086 di kawasan Taman Chi Liung, Pandamaran, Klang, pada 31 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Cha Hoong Fong berkata tangkapan terhadap dua lelaki berusia 25 tahun itu dilaksanakan sekitar jam 5 petang apabila unit risikan marin Pelabuhan Klang menjalankan rondaan di kawasan itu. “Semasa rondaan dijalankan, polis terserempak dengan sebuah lori dan ketika itu kedua-dua lelaki berkenaan sedang memunggah kotak untuk disimpan di sebuah gudang.
“Ketika tangkapan dilakukan, polis merampas 317 botol dan 7,560 tin pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak bercukai. Keseluruhan nilai harga barang rampasan RM269,086,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Susulan itu, Cha berkata bahagian siasatan jenayah, ibu pejabat polis daerah Klang Selatan membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan menahan reman kedua-dua lelaki berkenaan. – Bernama, 5 Februari, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Warga Thailand antara 233 individu ditahan bersama 10kg ganja | The Malaysian InsightPelbagai dadah bernilai lebih RM216,000 yang boleh digunakan seramai 29,301 berjaya dirampas, kata polis.
Read more »
KK restaurant fined RM200 for overcharging customersKOTA KINABALU: Undercover personnel from the Domestic Trade and Cost of Living Ministry went to a restaurant in Foh Sang on Friday (Feb 3) after complaints were received from the public over its pricey food.
Read more »
Polis tahan 7 individu insiden baling botol kaca | The Malaysian InsightPolis tahan 7 individu insiden baling botol kaca
Read more »
Polis tunggu dasar jual mercun,bunga api KDN, kata ketua | The Malaysian InsightKetua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN demi menjamin keselamatan orang ramai.
Read more »
Pemaju, kontraktor enggan bina rumah bawah RM100,000Beliau berkata, kos yang paling memberi kesan adalah kos binaan dan kos buruh yang naik sehingga 20 peratus kesan daripada harga pasaran dan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 tahun lalu.
Read more »