Polis tahan 2 lelaki bantu siasatan kes gaduh di Serendah
DUA lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kecederaan akibat perselisihan faham di Taman Sri Serendah, Hulu Selangor, petang semalam.
“Polis sedang memburu empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Suffian berkata pada kira-kira 6 petang semalam, pihanya telah menerima panggilan telefon memaklumkan berlaku satu kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki tempatan.
“Mangsa cuba meleraikan pergaduhan namun suspek bertindak memukul mangsa. Sepupu mangsa telah melarikan diri meninggalkan mangsa yang telah dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek,” katanya.