shahalam POLIS Selangor sudah mempunyai beberapa petunjuk serta sasaran individu dipercayai terbabit dalam insiden menconteng mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih di peringkat siasatan untuk mengenalpasti individu terbabit."Kita ada beberapa 'target' dan petunjuk. Ada kemungkinan individu berkenaan akan ditahan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan SUK Selangor di Shah Alam, hari ini.
Satu rakaman kamera litar tertutup tular di media sosial pada tengah hari Isnin yang memaparkan dua kelibat wanita dipercayai dalang merosakkan mural berkenaan. Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diparkir di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.
Susulan vandalisme yang dilakukan terhadap mural pemimpin negara termasuk Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam memadam semua mural dengan mengecat semula dinding itu. Selain Agong, mural berkenaan memaparkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis jejak 2 dipercayai wanita berhubung vandalisme mural gergasi pemimpin negaraDua individu itu dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang dipasang pada bangunan kedai berdekatan lokasi kejadian. FMTNews RakamanCCTV Mural ShahAlam
Read more »
Polis siasat individu conteng mural wajah Agong, pemimpin negara | The Malaysian InsightPolis siasat latar belakang pelaku dan unsur jenayah di sebalik pelakuan tersebut.
Read more »
Polis tahan 3 lelaki tumbuk, samun jurujual dalam lifMangsa kerugian RM25,000 dalam kejadian di Bandar Perai Jaya, Bukit Mertajam, Rabu lepas. FMTNews Samun Polis
Read more »
Editor buku hina Jata Negara berada di Australia, kata polisMenurut polis siasatan kes menghina Jata Negara masih dijalankan dan hasil siasatan akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut. FMTNews Rebirth
Read more »
Polis tahan kakitangan badan pemantau rasuah | The Malaysian InsightPenyelaras Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4) bagi wilayah utara Stanley Sudhagaran ditahan berhubung satu catatan di Facebook
Read more »
Waris Anna Jenkins serah DNA kepada polisGeorgetown Ia susulan penemuan tulang manusia di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, Georgetown pada 24 Jun lalu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan wanita itu.
Read more »