Polis sahkan terima laporan Radja dakwa diugut
POLIS mengesahkan menerima laporan daripada kumpulan muzik dari Indonesia, Radja yang mendakwa mendapat ugutan jenayah dan dilemparkan kata-kata kesat, pagi tadi.
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima laporan itu pada 5.34 pagi dan susulan itu, pihaknya telah merakam percakapan mangsa serta sedang mengesan individu yang disyaki terlibat. “Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit bersalah.
“Polis Johor memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Terdahulu, media melaporkan kumpulan itu mendakwa menerima ancaman bunuh serta dilemparkan kata-kata kesat selepas mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, kira-kira 11.15 malam tadi, dipercayai berpunca daripada salah faham antara kumpulan berkenaan dengan pihak penganjur. – Bernama, 12 Mac, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Radja Band buat laporan polis, terima ancaman bunuhRadja Band buat laporan polis, terima ancaman bunuh
Read more »
Kes bekas pegawai kanan tinggi polis, isteri dirujuk ke timbalan pendakwa raya | The Malaysian InsightMenurut ketua polis Kuala Lumpur, pihaknya masih menunggu maklum balas pihak berkenaan.
Read more »
Perhimpunan solidariti Muhyiddin: Polis kenal pasti penganjur, penyokong | The Malaysian InsightPolis akan memanggil kesemua mereka dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.
Read more »
Polis siasat video fitnah kerajaan perpaduan | The Malaysian InsightVideo papar seorang lelaki mempertikai kerajaan pimpinan Anwar semasa proses pertuduhan terhadap Muhyiddin sedang berlangsung semalam.
Read more »
Polis cari dua saksi kes bunuhSebelum ini media melaporkan, pada 1 Mac lalu seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditikam dengan objek tajam dalam kejadian di hadapan Medan Selera Lukut, Jalan Besar,Port Dickson pada pukul 7.35 malam.
Read more »