Polis nafi ada cubaan culik murid sekolah di daerah Gombak
HASIL siasatan terperinci polis mendapati, tiada cubaan culik seperti yang dilaporkan berlaku di tiga sekolah rendah di daerah Gombak dekat Kuala Lumpur.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan dijalankan, selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 43 tahun pada Selasa dan semalam. Beliau berkata mereka diberitahu anak masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun, mengenai terdapat cubaan menculik oleh lelaki tidak dikenali semasa berada di luar sekolah.
“Polis mengambil tindakan sewajarnya dengan mengenal pasti saksi penting membabitkan beberapa individu termasuk pengadu, rakan sekolah mangsa, pengawal keselamatan, warden lalu lintas, guru besar serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru , selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial satu surat daripada pengurusan sebuah sekolah berhubung dakwaan cubaan menculik melibatkan sebuah sekolah di Batu Caves, Selangor. – Bernama, 29 September, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Nadma gesa semua pihak sedia hadapi risiko bencana empangan | The Malaysian InsightIa bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum terutama menjelang musim Monsun Timur Laut pada November ini.
Read more »
Last Call !! Bantuan Lesen Memandu Semua Golongan – Masih Banyak KosongLast Call !! Bantuan Lesen Memandu Semua Golongan - Masih Banyak Kosong.Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2. Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ
Read more »
JPJ nasihati orang ramai jangan terpengaruh dengan iklan palsu bantuan lesen memandu percuma - paultan.orgJabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan iklan palsu berhubung bantuan lesen memandu percuma untuk semua golongan. Perkara ini didedahkan selepas JPJ menerima laporan berkaitan iklan yang tersebar menerusi aplikasi …
Read more »
Mesej tular berkenaan culik kanak-kanak di Tangkak palsu, kata polis | The Malaysian InsightPolis mendapati tiada sebarang laporan diterima berkaitan penculikan kanak-kanak.
Read more »